Tahukah anda siapa Saidatina Fatimah? Saidatina Fatimah az-Zahra r.a. adalah puteri bongsu Rasulullah S.A.W, Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muthalib bin Hasyim bersama isteri tercinta. Khadijah Bin Khuwailid

Beliau merupakan anak yang ke-empat Rasulullah S.A.W. yang mana dilahirkan pada penghulu hari iaitu hari Jumaat bersamaan 20 Jamadil Akhir. Saat kelahiran puteri kesayangan Rasulullah bertempatan dengan selesainya orang Quraisy membina Ka’bah. Kelahiran Saidatina Fatimah az-Zahra memberi kegembiraan kepada Rasulullah S.A.W. Baginda berkata kepada Saidatina Khadijah

 “Wahai Khadijah sesungguhnya dia (Fatimah) adalah manusia yang diberkati dan sesungguhnya Allah S.W.T memberi keturunuan darinya.”

Kegembiraan Rasulullah bertambah lagi dengan kemiripan Fatimah az-Zahra dengan baginda Rasulullah S.A.W dan direkod oleh Al-Hakim meriwayatkan daripada Anas Bin Malik r.a berkata:

“Sesungguhnya Fatimah az-Zahra adalah seorang yang sangat mirip dengan Rasulullah S.A.W. dengan memiliki kulitnya putih, bibirnya merah dan rambutnya hitam.”

Menurut Ummul Mukminin Ummu Salamah r.a :

“Fatimah az-Zahra adalah anak Rasulullah S.A.W. Dia adalah seorang yang memiliki perwatakan mirip dengan Rasulullah S.A.W.

Saidatina Fatimah az-Zahra memiliki banyak gelaran antaranya Az-Zahra, Ash-Shadiqah, Al-Batul dan Ummu Abiha. Tetapi gelaran paling dikenali ialah Az-Zahra yang mana gelaran ini diberikan oleh ayahandanya sendiri Rasulullah S.A.W. yang bermaksud bunga bagi Nabi S.A.W. kerana memiliki kulit yang putih. Diriwayatkan dari Ja’far Bin Muhammad Bin Ali r.a dari ayahnya berkata

“Saya bertanya kepada Rasulullah tentang Fatimah, “Kenapa kamu menamakannya dengan Fatimah?” Baginda menjawab. “Kerana jika dia berdiri di mihrobnya dia akan memancarkan cahaya bagi penghuni langit sebagaimana bintang menyinari penghuni bumi.”

Bersederhana 

Umum mengetahui Saidatina Fatimah Az-Zahra memiliki budi pekerti mulia kerana beruntung sejak kecil lagi diasuh dan dididik dengan akhlak mulia oleh ibubapanya Rasulullah S.A.W. dan Saidatina Khadijah bin Khuwailid. Saidatina Fatimah merupakan seorang yang sabar dan tabah menghadapi ujian hidup ini dapat dilihat semasa keperitan hidup yang dilalui yang mana mengamalkan konsep keserhanaan walaupun beliau puteri Rasulullah S.A.W. serta tidak tamak menggunakan harta Baitul Mal untuk kepentingan peribadi.

Taat Agama & Suami

Beliau juga seorang yang taat kepada agama dan suami. Beliau sentiasa menjaga maruah sebagai isteri, membantu suaminya melakukan kerja-kerja harian seperti menumbuk gandum, menguli tepung dan membakar roti serta tidak pernah ingkar suruhan suami, serta menyokong perjuangan dakwah suaminya iaiti Saidina Ali r.a.

Pemurah

Fatimah juga memiliki sifat pemurah dan bertanggungjawab serta mempunyai semangat jihad yang tinggi. Sifat pemurah Saidatina Fatimah dapat dilihat menerusi peristiwa kedatangan Salman yang kelaparan datang ke rumahnya untuk meminta makanan. Ketika itu walaupun Saidatina Fatimah juga tidak memiliki apa-apa makanan , beliau memberikan tudungnya kepada Salman agar ditukar dengan jagung milik Shamoon; seorang yahudi yang mana akhirnya memeluk Islam.

Sanggup Berkorban 

Selain itu juga, Saidatina banyak membantu Rasulullah S.A.W dalam menegakkan agama Islam. Beliau juga sama-sama berkorban untuk mengembangkan agama Islam yang dibawa oleh ayahnya dan pengalaman yang dilaluinya mengajar beliau hidup lebih tabah dan sabar. Sifat beliau yang lebih mengutamakan keperluan orang lain berbanding dengan keperluan sendiri ini harus diteladani oleh kaum Muslimat hari ini

Ibu Mithali

Hasil perkahwinan bersama Saidina Ali r.a, mereka dikurniakan enam orang anak iaitu Hassan, Husain, Muhassin, Zaynab, Ummu Khalsum dan Ruqayah. Saidatina Fatimah juga berjaya menjadi seorang ibu yang baik untuk anak-anak mereka yang mana tidak pernah membantah Saidatina Fatimah. Hasil didikan sempurna melayakkan al-Hassan, al-Hussain dipilih menjadi Saiyidan Syabab Ahli Jannah, manakala Zainab pula mengadakan majlis Pengajian Khusus untuk wanita(Ahli sastera Islam).

Sumbangan Kepada Perjuangan Islam

Kalau kita lihat banyak sumbangan Saidatina Fatimah dalam perjuangan Islam, antaranya menjadi pendorong dan motivasi kepada Rasulullah S.A.W. ketika Rasulullah S.A.W. menerima tekanan kaum Quraisy Mekah.

Selain itu, muslimah hebat ini turut membantu menyediakan makanan untuk tentera Islam yang menggali parit dalam peperangan Khandak.

Beliau menjadi seorang isteri yang solehah dengan memberi khidmat kepada suaminya Saidina Ali menyampaikan dakwah dan membuat persiapan untuk memasuki medan peperangan. Beliau juga tidak terkecuali membantu be rsama-sama dengan wanita Islam memberi rawatan kepada tentera Islam yang cedera dalam peperangan Uhud.

Begitu hebat dan mulia pengorbanan yang diberikan oleh Saidatina Fatimah dalam membantu perjuangan Islam sejak kecil sehingga kewafatannya.

Saidatina Fatimah meninggal dunia enam bulan selepas kewafatan Rasulullah s.a.w. ketika beliau berusia 28 tahun dan dimakamkan oleh suami tercinta di Janat Ull baqih, Madinah. Sebelum meninggal beliau sempat meninggalkan 3 wasiat. Pertama, supaya Saidina Ali r.a berkahwin dengan Amamah bin al-Ash Bin Rabi’ yang merupakan anak saudaranya Zainab r.a.

Berkata Saidatina Fatimah,

“Sesungguhnya dia akan menjadi seorang ibu bagi anak-anakku seperti diriku dalam hal kasih sayang (yang ada padaku) dan juga kecintaan (yang ada padaku).

Kedua, membuat keranda untuknya yang berbentuk tempat tidur yang diikat dengan pelepah kurma yang menjadi pegangan dari tempat tidur (berbentuk seperti keranda), dan ia ditutupi dengan kain.
Ketiga, meminta suaminya menguburkannya di waktu malam di Baqi”.

Kehebatan Saidatina Fatimah az-Zahra harus kita contohi melalui sifat-sifat keperibadiannya yang unggul dan hebat. Sekiranya kaum muslimat samada seorang anak, isteri dan ibu dapat meniru dan meneladani sifat-sifat ini dapat kita menjalani kehidupan yang diredhai.
Read more »
These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Begitu ramai insan yang bernikah dan mengharapkan bahagia tetapi sayang, nikmat kebahagiaan mereka tidak kekal lama. Mungkin kerana tiada redha dan keberkatan Allah. Mungkin juga kerana tidak cukup persiapan dalam membina sebuah bahtera.

Ada syarat yang aku letakkan pada diri sendiri, ada ciri wanita pilihan, ada cara terhormat bagi mendapatkan dia.

Yang extra info tu kelebihan. Nak baca tak apa, tak nak baca rugi lah info (walaupun terlalu simple). Nak yang betul-betul details tunggu post lain lah ye. Peace!

1) Syarat Pada Diri.

i) Jaga hubungan dengan Allah dan Rasulullah.
- Solat 5 waktu berjemaah.
- Puasa sebulan Ramadhan.
- Puasa sunat (jika mampu).
- Fasih membaca Al-Quran (hafal jika mampu).
- Selawat dan zikir selalu.
- Hindari maksiat.
- Jauhi zina (jangan kata berzina, dekat pon jangan).

Extra info:
- Solat 5 waktu jemaah: 27 kali ganda pahala untuk setiap gerakkan. 13 rukun X 27 pahala = 351 total. Secara saintifik dapat hidar stroke, lenguh, kembalikan tenaga yang hilang dan sebagainya.
- Puasa: Menjaga diri daripada bermaksiat. Secara saintifik; stress terkawal, kesihatan terjaga, mood terkawal.
- Al-Quran: Hati tenang, pemikiran tajam, mengajar anak dan isteri mengaji.
- Zikir: Dipermudahkan urusan, kata-kata terjaga, pahala besar berganda.
- Tidak bermaksiat: Bila Allah dah redha semua urusan jadi senang dan diberkati.
- Jauhi zina: Zina jauh, ikhtilat (pergaulan) terjaga, hati tak gelap, memupuk sifat kesetiaan.

ii) Penuhi diri dengan ilmu.
- Ilmu usrawi (agama/akhirat).
- Ilmu duniawi (akademik).
- Ilmu rumah tangga.
- Ilmu mendidik anak.
- Ilmu psikologi.

Extra info:
- Ilmu usrawi: Akhirat dan dunia lebih terjaga, tahu hukum hakam, menjadi rujukan, hubungan dengan Allah dan manusia lebih terjaga.
- Ilmu duniawi: Boleh jadi sumber pendapatan, tidak terlalu rendah diri, menjadi rujukan.
- Ilmu rumah tangga: Tahu mencari solusi dalam masalah rumah tangga, tahu cara menyayangi dan mengasihi yang betul, memupuk sifat tolak ansur.
- Ilmu mendidik anak: Tahu cara yang betul membesarkan anak dizamannya, tahu cara mencurahkan kasih sayang yang sebetulnya, anak boleh jadi kawan baik.
- Ilmu psikologi: Senang memahmi situasi yang comlpex, tahu menyelesaikan masalah dengan cara yang terbaik (win win situation).

iii) Menjaga ikhtilat (pergaulan).
- Bergaul sebatas urusan seperti yang ditetapkan oleh ULAMA.

Extra info:
Sebatas urusan: Memupuk kesetiaan, tidak mendekati zina, dipercayai tidak akan curang,

iv) Memunyai pendapatan yang stabil.
- Ada rumah, harta dan tanah. / Pelan dan usaha menyara hidup.

Extra info:
Dunia kini hampir semua memerlukan duit, event belajar pun banyak pihak yang mengambil keuntungan. Kos sara hidup kini meningkat secara mendadak, nafkah keluarga secara keseluruhan juga perlu di ambil kira. Perlu persediaan tentang bayaran rumah, kenderaan, tanah, duit belanja, duit susu, duit rawatan, duit minyak, duit cukai dan macam macam lagi. Janji Allah lepas kahwin pintu rezeki terbuka luas tapi kenalah dijemput dengan doa, usaha, tawakal sedekah, solat fardhu jemaah dan sebagainya.

2) Kriteria seorang isteri.

Agama: Redha pada agama yang ada padanya.

Extra info:
Akhlak terpelihara, ikhtilat terkawal, ada sedikit sifat kepimpinan, aurat dijaga dengan baik, sedikit berilmu, mempunyai semangat tinggi untuk mendalami ilmu.

Kecantikan: Sedap mata memandang.

Extra info:
Bermula pada agama, wajah sederhana pun akan menjadi yang terindah di mata seorang suami.

Harta: Tak kisah

Extra info: Rezeki ditangan Allah. Kaya atau miskin si dia tidak menjamin kebahagiaan.

Keturunan: Tak kisah asalkan agamanya diredhai.

Extra info:
Memang akan ada posibility dia akan mewarisi sifat keluarganya, Lebih parah jika latar belakang keluarganya kucar kacir. Namun jika agamanya baik, masalah ini pasti dapat diatasi disamping melahirkan generasi yang dia sendiri tidak akan membenarkan kesakitannya dirasai oleh warisnya.

3) Cara terhormat
- Mencontohi kisah Ali dan Fatimah serta Muhammad dan Khadijah.

Extra info:
- Menggunakan orang tengah, merisik seperti saranan Saidina Umar (bermusafir dengannya), tidak lalai selagi belum halal, menjaga batas, tidak berhubung diluar urusan.
Read more »
These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Sedang Alif cuba mencari fokus untuk meneruskan bacaan, dia tertidur di atas katilnya bertemankan sebuah novel tarbiah.

Kaki menaiki tangga bas dan terus melangkah kebelakang mencari tempat duduk. Suasana hening dengan karenah rakan-rakan. Dibahagian tempat duduk kedua terakhir sebelah kanan ku terlihat seorang Ustazah yang bernama Saidatul Hanisah namun aku menggelarkannya Kak Anis. Dia sedang asyik meneliti handphone. Namun tidak pula terdetik hati ingin mengambil tahu apakah yang dilakukan kerana hormat privasinya. Khusyuk.

Sejurus jasad ini tiba di satu-satunya ruang duduk yang masih kosong di belakang bas ada sebaris kerusi berjumlahkan 5 ruang, kelihatan hanya seorang Ustazah yang aku gelarkan sebagai kak Ha sedang duduk sambil anak matanya merenung ke luar tingkap sebelah kanannya. Dia duduk di kerusi yang ke 2 daripada kanan. Aku mengambil tempat di kerusi yang ke 2 daripada kirinya. Saja diselangkan satu kerusi kosong diantara kami kerana perasaan hormat yang tinggi padanya.

Bas mula bergerak. Anak mataku termenung kosong melihat ke luar jendela. Kelihatan warung-warung, orang sedang asyik mahu membuka gerai. Perjalan kini tiba di persimpangan Greenwood daripada Taman Berjaya. Lamunan yang bermain difikiran terpustus akibat tersentak kerana ditegur.

"Alif Aiman, ibu pegaiwai MAIWP (Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan) kan?", soalan daripada seseorang yang sangat ku hormati, Ustazah Fatimah Syarha. 'Alif Aiman? Tak sangka ustazah boleh ingat nama itu. Namun hairan seribu kali hairan bagaiman nama itu boleh terpancul sedangkan aku lebih senang digelarkan dengan nama Muhammad Alif', monolog ku sendirian seketika.

"Ha'ah, kenapa ustazah?", Soal ku hairan. "Saya dah lama tak bagi ceramah disana dan ingatkan nak buat satu dalam masa terdekat." Wajahnya bersih dihiasi senyuman, berkata dengan penuh sopan. 'Seingat aku kali terakhir Ustazah memberi ceramahnya adalah pada bulan 3 tahun lepas'.

"InshaAllah, nanti saya bagitahu dekat mama", ringkas jawapan diberi.

"Kamu jangan kata saya yang mahu tau, tapi syorkan pada ibu kamu tau!", aku terpaku sekejap. Menilai gaya bahasa yang digunakan. Senyuman dibibir tidak lekang namun nadanya cukup tegas. 'Aku keliru, ni sebenarnya ketegasan dalam kelembutan atau kekasaran yang dihiasi kelembuatan? Argh, astagfirullah!' Cepat pula aku istigfar dalam hati daripada bersangka-sangka.

Aku tidak membalas dengan kata-kata cukup senyuman menjadi jawapan. Tidak berani memandang dia lama-lama kerana perasaan hormat yang tinggi lantas di merupakan isteri orang. Pandangan kini dikembalikan keluar tingkap. Aku menutup mata sementara bagi menarik nafas dan apabila mata dibuka aku sedang berada di atas katil yang masih bertemankan novel Tautan Hati karya Ustazah Fatimah Syarha.

Mimpi yang cukup membuatkan aku tertanya-tanya, apakah maksud mimpi ini? Adakah patut aku melayannya? Objektif mimpi itu adalah suatu permintaan supaya dapat berkongsi ilmu, menyedarkan ummah dan menjadi lebih mahal di nata-Nya dengan bantuan Ustazah. Semoga Allah melindungi ku sentiasa. Allahumma Ameen~
Read more »
These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Assalamu'alaikum WBT.

Jom tanya pada diri, apakah yang kita lakukan sekiranya muncul sebuah persoalan yang berteraskan aqidah menerjah minda? Adakah kita akan mencari hujah bagi menyelesaikan konflik atau cukup sekadar pendam atau kita berada di tengah-tengah dimana kita pendam menuggu masa yang sesuai untuk menanya?

Andai kata dia seorang yang terus mencari hujah sekiranya persoalan datang menerjah, mereka berada dilandasan yang betul. Kerana kamu akan mendapat jawapannya dan aqidah kita terpelihara. Lumrahnya, syaitan akan terus menerus mengganggu hubungan kita dengan Allah agar renggang.

Jika dia seorang yang pemendam, maka berhati-hatilah kerana syaitan akan menjadikan itu satu modal untuk memulakan krisis dengan Allah. Mereka akan mula rasa agama ini tidak penting, mula mengambil remeh suruhan Allah dan larangan-Nya. Jangan sampai benda ini bernanah dalam diri tanpa disedari kerana tidak sedar diri itu sedang dikuasai syaitan disebabkan ego mencari hujah.

Untuk mereka yang berada ditengah, berhati-hatilah. Boleh jadi mereka akan lupa untuk mencari hujah kerana ditangguhkan. Boleh jadi juga mereka akan mendapat hujah yang kuat kerana bertanya pada insan yang benar.

Mohon maaf andai terlalu ringkas dan tidak berhujah. Sekadar penerangan ringkas. Priority masa tidak mengizinkan untuk taip banyak. Peace yaww!
Read more »
These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

IBNU Abbas ra berkata: “Ketika Allah SWT menjadikan Arasy, lalu menyuruh malaikat memikulnya. Para malaikat merasakan amat berat memikulnya. Kemudian Allah SWT menyuruh malaikat membaca (menyebut); Subhanallah. Sebaik sahaja malaikat membacanya, maka terasa ringan memikul Arasy dan mereka terus menyebut (berzikir) selama-lamanya.”

Kata Ibnu Abbas ra lagi: “Apabila Allah SWT menjadikan Adam as. Maka mula-mula yang keluar dari mulut Adam ialah bersin. Lalu Allah ilhamkan kepadanya untuk membaca (menyebut); Alhamdulillah. Sebaik sahaja Adam as menyebut Alhamdulillah, lalu Allah menjawab; Yarhamuka Rabbuka (kerana rahmat itulah Aku menjadikan engkau).

“Kemudian malaikat berkata: Inilah kalimah mulia dan baik dan tidak sepatutnya kami abaikan. Maka para malaikat pun membaca (berzikir) Suhhanallah Walhamdulillah.

“Para malaikat membaca (berzikir) demikian sehinggalah Allah SWT mengutuskan Nabi Nuh as. Oleh kerana kaum Nabi Nuh adalah kaum pertama menyembah berhala, maka Allah SWT mewahyukan kepada Nabi Nuh as supaya menyuruh kaumnya membaca; Laa illaha illallah bagi mendapatkan keredhaan Allah.”

 “Lalu berkata malaikat: “Inilah kalimah ketiga yang besar dan baik yang tidak boleh kami abaikan. Maka malaikat pun menggabungkan dengan dua kalimah sebelumnya untuk menjadi: Subhanallah Walhamdulillah, Walaa ilaha illallah.”

 “Para malaikat mengamalkan kalimah tersebut sehingga terutusnya Nabi Ibrahim as. Setelah terutusnya Nabi Ibrahim as, Allah SWT telah memerintahkan baginda menjalankan korban ke atas anaknya, yang mana akhirnya Allah telah menebus anaknya Ismail dengan seekor kibas (kambing).

“Apabila Nabi Ibrahim as melihat anaknya terselamat dari disembelih dan digantikan dengan kibas (kambing), maka Nabi Ibrahim as menyebut: Allahu akbar, kerana merasa terlalu gembira atas nikmat yang dikurniakan Allah kepadanya.

 Berkata para malaikat: “Inilah kalimah keempat yang sungguh baik dan besar. Kemudian para malaikat menggabungkan kalimah itu dengan tiga kalimah sebelumnya menjadi: Subhanallah, Walhamdulillah, Walaa ilaha illallah, Wallahu akbar.”

 “Ketika malaikat Jibril as menceritakan kisah ini kepada Rasulullah SAW, baginda merasa kagum dan terus melafazkan: Laa haula Wala quwwata illa billahil aliyil aziem.”

Kemudian Jibril as berkata: Gabungkan kalimah yang empat itu sehingga menjadi "Subhanallah, Walhamdulillah Walaa ilaha illallah Wallahu akbar Walaa haula Wala quwwata illa billahil aliyil aziem."

(HR Muslim)


------------------------------

Amalan yang disukai Allah "Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akbar"

Allah berfirman dalam al-Quran: ”Hai orang-orang yang beriman! berzikirlah (mengingat) kepada Allah dengan zikir yang sebanyak-banyaknya. Dan bertasbihlah kepada-Nya pada waktu pagi dan petang.”
(al-Ahzaab: 41-42).

Hadith yang membicarakan keutamaan zikir "Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akbar"

1. Rasulullah saw. bersabda, "Lazimkan membaca subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akhbar, kerana semua itu dapat menghapuskan dosa sebagaimana gugurnya daun dari pohon".
(HR Ibnu Majah)

2. Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah s.a.w. berkata : "Membaca Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akbar lebih aku sukai daripada seisi dunia."
(Hadith Riwayat Muslim)

3. Dari Samuroh bin Jundub, ia berkata bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, "Ada empat ucapan yang paling disukai oleh Allah: (1) Subhanallah, (2) Alhamdulillah, (3) Laa ilaaha illallah, dan (4) Allahu Akbar. Tidak berdosa bagimu dengan mana saja kamu memulai”
(HR. Muslim no. 2137).

4. Dari Abu Hurairah, dia berkata, "Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam telah bersabda: 'Sesungguhnya membaca “subhanallah walhamdulillah wa laa ilaha illallah wallahu akbar (Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada sesembahan yang berhak disembah selain Allah, dan Allah Maha Besar)” adalah lebih aku cintai daripada segala sesuatu yang terkena sinar matahari."
(HR. Muslim no. 2695).

Al Munawi rahimahullah mengatakan, “Segala sesuatu yang dikatakan antara langit dan bumi, atau dikatakan lebih baik dari sesuatu yang terkena sinar matahari atau tenggelamnya, ini adalah ungkapan yang menggambarkan dunia dan seisinya.” Dari sini menunjukkan bahwa keempat kalimat tersebut lebih baik daripada dunia seisinya.

5. Dari Ummi Hani' binti Abu Thalib dia berkata, "Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam melewatiku pada suatu hari, lalu saya berkata kepada beliau, "Wahai Rasulullah, saya sudah tua dan lemah, maka perintahkanlah kepadaku dengan amalan yang bisa saya lakukan dengan duduk." Beliau bersabda: "Bertasbihlah kepada Allah seratus kali, karena itu sama dengan kamu membebaskan seratus budak dari keturunan Isma'il. Bertahmidlah kepada Allah seratus kali karena itu sama dengan seratus kuda berpelana yang memakai kekang di mulutnya, yang kamu bawa di jalan Allah. Bertakbirlah kepada Allah dengan seratus takbir karena ia sama dengan seratus unta yang menggunakan tali pengekang dan penurut. Bertahlillah kepada Allah seratus kali." Ibnu Khalaf berkata; saya mengira beliau bersabda: "Karena ia memenuhi di antara langit dan bumi, dan pada hari ini tidaklah amalan seseorang itu diangkat kecuali akan didatangkan dengan semisal yang kamu lakukan itu."
(HR. Ahmad 6/344. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini hasan. Lihat Ash Shilsilah Ash Shohihah no. 1316)

6. Dari ‘Abdullah bin ‘Amr, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Tidaklah seorang di muka bumi ini mengucapkan: Laa ilaha illallah, wallahu akbar, subhanallah, wal hamdulillah, wa laa hawla wa laa quwwata illa billah, melainkan dosa-dosanya akan dihapus walaupun sebanyak buih di lautan.”
(HR. Ahmad 2/158, sanadnya hasan)

7. Dari Ibnu Mas'ud, ia berkata, Rasulullah shallallahu wa'alaihi wa sallam bersabda, "Aku pernah bertemu dengan Ibrahim pada malam ketika aku diisra`kan, kemudian ia berkata, ‘Wahai Muhammad, sampaikan salam dariku kepada umatmu, dan beritahukan kepada mereka bahwa Surga debunya harum, airnya segar, dan surga tersebut adalah datar, tanamannya adalah kalimat: Subhaanallaahi wal hamdu lillaahi laa ilaaha illaahu wallaahu akbar (Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, tidak ada tuhan yang berhak disembah kecuali Allah, dan Allah Maha Besar).”
(HR. Tirmidzi no. 3462. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini hasan)

8. Dari Abu Sa'id Al Khudri dan Abu Hurairah, bahwasanya Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, "Sesungguhnya Allah telah memilih empat perkataan: subhanallah (Maha suci Allah) dan alhamdulillah (segala puji bagi Allah) dan laa ilaaha illa allah (tidak ada sesembahan yang berhak disembah selain Allah) dan Allahu akbar (Allah maha besar). Barangsiapa mengucapkan subhaanallah, maka Allah akan menulis dua puluh kebaikan baginya dan menggugurkan dua puluh dosa darinya, dan barangsiapa mengucapkan Allahu Akbar, maka Allah akan menulis seperti itu juga, dan barangsiapa mengucapkan laa Ilaaha illallah, maka akan seperti itu juga, dan barangsiapa mengucapkan alhamdulillahi Rabbil 'aalamiin dari relung hatinya maka Allah akan menulis tiga puluh kebaikan untuknya dan digugurkan tiga puluh dosa darinya."(HR. Ahmad 2/302. Syaikh Syu’aib Al Arnauth mengatakan bahwa sanadnya shahih)

Semoga Allah memberi kita kekuatan untuk istiqomah mengamalkan zikir “Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akbar” dalam kehidupan seharian kita. InshaAllah.
Read more »
These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

1. Semua perbualan bertujuan kebaikan.
"Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka hendaklah dia berkata yang baik atau diam."
(Hadith Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

2. Jelas dalam perkataan.
"Bahawasanya perkataan Rasulullah SAW itu selalu jelas sehingga mamu difahami oleh semua yang mendengar."
(Hadith Riwayat Abu Daud)

3. Tidak berbual kosong dan bercakap besar.
"Sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh dariku nanti di hari kiamat adalah orang yang banyak perbualan sia-sia dan berlagak dalam berbicara."
(Hadith Riwayat Tirmidzi, dinilainya hadith ini sebagai hasan)

4. Tidak terlalu banyak bercakap kerana khuatir membosankan yang mendengar.
"Ibnu Mas'ud r.a sentiasa mengajar kami setiap hari Khamis, maka berkata seorang lelaki: 'Whai Abu Abdurahman (gelaran Ibnu Mas'ud)! Mahukah tuan mengajar kami setiap hari?' Maka jawab Ibnu Mas'ud: 'Sesungguhnya tidak ada yang menghalangiku memenuhi keinginanmu, hanya aku khuatir ia membosankan kamu, kerana aku pun pernah meminta yang demikian pada Nabi SAW dan beliur menjawab khuatir membosankan kami.'"
(Muttafaq 'alaih)

5. Mengulangi kata-kata penting sekiranya perlu.
Daripada Anas r.a. bahawa Nabi SAW jika berbicara, baginda SAW mengulanginya tiga kali sehingga semua yang mendengarnya menjadi faham, dan apabila baginda SAW mendatangi rumang seseorang, baginda mengucapkan salam tiga kali.
(Hadith Riwayat Al-Bukhari)

6. Menghindari ucapakn batil.
"Sesungguhnya seorang hamba mengucapkan satu kata yang diredhai oleh Allah SWT yang ia tidak mengira akan mendapatkan demikian sehingga dicatat oleh Allah SWT keredhaanNya bagi orang tersebut sampai nanti hari Kiamat. Dan seorang lelaki mengucapkan satu kata yang dimurkai Allah SWT yang tidak dikiranya akan demikian, maka Allah SWT mencatatnya yang demikian itu sampai hari Kiamat."
(Hadith Riwayat Tirmidzi dan dia berkata hasan, shahih juga diriwayatkan oleh Ibnu Majah)

7. Menjauhi perdebatan sengit.
"Tidaklah sesat suatu kaum setelah mendapatkan hidayah untuk mereka, melainkan kerana banyak berdebat."
(Hadith Riwayat Ahmad & Tirmidzi)

Dan dalam riwayat laun disebutkan sabda Nabi SAW:
"Aku jamin rumah di dasar syurga bagi mereka yang menghindari berdebat sekalipun ia benar, dan aku jamin rumah di tengah syurga bagi yang menghindari dusta walaupun dalam bergurau, dan aku jamin rumah di puncak syurga bagi yang baik akhlaknya."
(Hadith Riwayat Abu Daud)


8. Menjauhi kata-kata keji, mencela dan melaknat.
"Bukanlah seorang mukmin jika suka mencela, melaknat dan berkata-kata keji."
(Hadith Riwayat Tirmidzi dengan sanad shahih)


9, Menghindari banyak bergurau.
"Sesungguhnya seburuk-buruk orang di sisi Allah SWT pada hari Kiamat kelak adalah orang yang suka membuat manusia tertawa."
(Hadith Riwayat Al-Bukhari)


10. Menghindari menceritakan aib orang dan saling memanggil dengan gelaran yang buruk.
"Jika seorang menceritakan suatu hal padamu lalu dia pergi, maka ceritanya itu menjadi amanah bagimu untuk menjaganya."
(Hadith Riwayar Abu Daud dan Tirmidzi, dinilainya hasan)

11. Menghindari dusta.
"Tanda-tanda munafik itu ada tiga, jika ia berbicara ia berdusta, jika ia berjanji ia mengingkari dan jika diberi amanah dia khianat."
(Hadith Riwayat Al-Bukhari)

12. Menghindari mengumpat dan mengadu domba.
"Janganlah kamu semua saling mendengki, dan jangalah kamu saling menbenci, dan janganlah kamu saling berkata-kata keji, dan janganlah kamu saling menghindari, dan janganlah kamu saling mengumpat dengan satu dan yang lain, dan jadilah hamba-hamba Allah yang bersaudara."
(Muttafaq 'alaih)

13. Berhati-hati memuji dengan niat membodek,
Daripada Abdurrahman bin Abi Bakrah daripada bapanya berkata:
Ada seorang yang membodek orang lain di depan orang itu, maka kata Nabi SAW: "Awas, kamu telah mencelakakan saudaramu! Kamu telah mencelakakan saudaramu!" (2 kali), lalu kata baginda SAW, " Jika ada seseorang ingin memuji orang lain di hadapannya maka katakanlah: Cukuplah si Fulan, semoga Allah mencukupkannya, kami tidak mensucikan seorang pun di sisi Allah, lalu barulah katakan sesuai kenyataannya."
(Hadith Muttafaq 'alaih & ini adalah lafaz Muslim)

Dan daripada Mujahid daripada Abu Ma'mar berkata:
Berdiri seseorang memuji di hadapan Miqdad bin Aswad secara berlebih-lebihan, maka Miqdad mengambil pasir dan menaburkannya di wajah orang itu, lalu berkata, Nabi SAW memerintahkan kami menaburkan pasir di wajah orang yang gemar membodek.
(Hadith Riwayat Muslim)

14. Penolakan terhadap sesuatu yang tidak dipersetujui perlu dalam keadaa tetap menghormati, suara yang lembut serta tidak meninggikan suara.

15. Penolakan perlu penuh dengan dalil dan nasihat.

16. Penolakan perlu dimulai dengan menyampaikan sisi benarnya terlebih dahulu sebelum mengomentar yang salah.

17. Penolakan tidak bertentangan dengan syariat.

18. Hal yang dibicarakan adalah hal yang penting dan dapat dilaksanakan dan bukan sesuatu yang belum terjadi.

19. Semasa menolak, perhatikan tingkat ilmu lawan bicara. Tidak berbicara di luar kemampuan lawan bicara yang dikhuatirkan menjadi fitnah bagi diri dan agamanya.

20. Saat menolak, perlu menjaga hati dalam keadaan bersih, dan menghindari kebencian serta penyakit hati.
Read more »
These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati