18 March 2015
Malam sebelum tu dalam lingkungan pukul 10, dapat jemputan ke Ijtima’ Ulama’ dekat Terengganu buat kali ke-2. Entah kenapa tiba-tiba semangat nak pergi. Masa jemputan yang pertama macam nak tak nak sebab jauh dan memikirkan kos perjalan. Tapi kali ni seolah-olah, “kos tu semua harta dunia, ilmu ni bawa akhirat.” Sebelum bertolak dan teruja semacam nak dapat ilmu baru dan ukwah baru. Adab ‘bag packing’ lah tak ready apa-apa. Macam mana nak ‘survive’ dekat sana semuanya serahkan pada Allah.

11:00 – Bertolak daripada rumah, pasang niat nak musafir, nak cari ilmu, dan kerana Allah. Kita pun jalan lah kaki sampai ke ‘bus stop’ berdekatan, adalah dalam 400 meter. Penat menunggu, 40 minit kemudian barulah bas sampai. Masa dalam bas jumpa pula junior lama. Sempat borak sekejap kongsi pengalaman sebagai back packing ni. Perjalan kami ke destinasi yang sama hingga ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS). Banyaklah masa berborak mencari semangat untuk merantau seorang diri. Dia ke Langkawi, aku ke Terengganu, seorang diri.

12:00 - Selepas naik bas, beransur ke LRT baru sampai ke TBS. Sekarang ni memang cukup keliru, nak berhenti dekat Terengganu dekat kawasan mana? Tak ada idea, tak ada hint nak turun mana. Tanya kaunter dia kata turun Kuala Berang, tapi mata dia mencurigakan. Dia tak yakin.

13:00 - Sejam mencari maklumat tak jumpa. Doa dalam hati “Allahumma Yasir Wa La Tu’asir.” Alhamdulillah datang seorang pakcik nak jual tiket (Kuala Terengganu) dia sebab ada urusan kerja, diskaun RM1.20. Dia daripada Terengganu, dia banyak guide macam mana nak sampai ke Masjid Rusila, Marang. Alhamdulillah terasa sangat dipermudahkan. Tapi sebelum beli call kawan2 tanya apa pendapat jadi lone ranger. Rata2 kata “orang macam kau campak mana pun boleh hidup.” Great, jalan. Kesian pula dekat junior tu, nak beli tiket balik daripada Langkawi tapi tak ada. Pergi naik flight, tiketnya RM288, mahal.


20:50 - Selesai solat ishak berjemaah. Tiket pukul 10 malam, tak keruan duduk dekat TBS tak tahu nak buat apa. Dah bosan, habiskan masa menghafal Quran, baca buku, tengok Anime. Sebelum tu ada terfikir, nak tidur mana dan apa ikhtiar untuk ‘survive’. Contact lah Dila, tanya pengalaman dia musafir seorang diri ke Melaka dan di mana dia tidur. Ringkas dia balas, “pngalaman utk ikhtiar dlm segala hal, tawakal, berfikir dgn bijak, mmberanikan diri. rumah kenalan kluarga hanan di masjid tanah” SubhanAllah, ringkas jawapan member banyak ilham. Terus contact beberapa orang rakan yang ada potensi kemudian Arfah, seorang rakan di Qatar, Arab Saudi. Arfah kata dia ada saudara mara dan kenalan di Terengganu, ikhlas pertolongannya. Alhamdulillah, berkat usaha Arfah, dapat berkenalan dengan Ayub, senior sekolah pondok Arfah.


21:30 - Turunlah ke pintu gate, nombor 07. Jumpa pula dengan pakcik Saif. Sempat berukhwah dan dia banyak juga bantu. Siap bagi nombor AJK Masjid Rusila lagi untuk tanya penginapan dekat Masjid. SubhanAllah, sangat dipermudahkan. Hati tenang je nak sampai ke sana. Dia ingatkan sekali lagi, sebelum sampai ke Kuala Terengganu minta driver bas turunkan dekat Masjid Rusila sebab bas lalu betul2 depan masjid.

21:50 - Bas pun sampai duduk lah dekat tempat duduk 6C dalam bas Plusliner bertiketkan nama pakcik Zamri. Ayub ada mesej, katanya bilik dan siap kemas. Tak tahu nak kata macam mana. Allah sangat permudahkan.

22:00 - Mata tak mengantuk, rasanya baik untuk cari maklumat. Berborak dengan pakcik bas, dapat tahu yang lebih 3 juta pengunjung daripada 18 negara datang (41 negera sebenarnya). Cukup borak dan terus ke tempat duduk semula nak tidur. Terfikir dalam diri aku ni hipokrit sangat ke? Bila perlukan sesuatu atau ingin berukhwah sangatlah peramah (berlakon), tapi bila kembali kepada fitrah asal, sebaliknya (pendiam).


19 March 2015
04:45 - Alhamdulillah sampai di Masjid Rusila. Luas juga masjidnya walaupun tak seluas Masjid Wilayah atau Masjid Negara. Berhenti betul2 depan pintu masjid. Masuk subuh terus solat berjemaah, cuma kenapa Azan 2 kali? Atau aku yang mengigau?


07:00 - Done kuliah Subuh. It’s time to find more ukhwah. Alhamdulillah, dapat berkelan dengan tiga orang daripada Kedah. Back packing juga tapi bertiga. Nuqman, Azmeerul, Asyraf. Mereka bertiga lepasan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM). Masing2 berumur 19 tahun. Habis ta’aruf kami pun jalan2 tepi pantai.



07:57 - Pagi khamis, majlis belum mula jadi kerja kami makan tidur jelah dekat masjid. Tak berapa lama selepas tu berkenalan pula dengan mereka yang daripada SMA dan pondok dari Selangor, Kedah dan Sabah. Nabil, Ehsan, Nafis, Faiz, Azuan.

13:08 - Adik kepada Ayub, Hafiz datang jemput naik kereta Waja 1.6. Tapi sebelum tu ajak solat Jemaah Zohor dulu. Hari khamis ni memang tak jamak langsung, straight solat macam biasa berjemaah.

14:00 - Sampai dekat rumah Ayub. Kagum juga dengan keluarga besar ni. Ada 20 adik beradik, sihat sungguh ibu dia yang seorang itu. Dapatlah bilik atas, bilik tetamu. Niat untuk berukwah bersama keluarga Ayub diteruskan. Hebat keluarga ini, majoriti merepuka jurusan pondok. Banyak juga nasihat diberikan, antaranya berkenaan keberkatan hidup.

15:30 - Pergi semula ke Masjid Rusila dan iktikaf dekat sana. This time, I drive. Datang masjid berjalan2 dulu dekat kawasan masjid dan gerai2 berhampiran. Adalah panjangnya dalam 1 km.

19:54 - Selesai solat magrib, kuliah diteruskan dan program Pra Pelancaran dijalankan. Entah berapa ribu orang yang datang. Penuh. Nak solat mesti bersedia 30 minit awal, kalau tak solat dekat luar masjid.

23:00 - Dah tertidur penat, tidur dalam keadaaan iktikaf dekat Masjid Rusila. Ramai sangat malam ni, berbeza dengan hari mula2 datang, lengang. Nak tidur kena selit2.


20 March 2015
05:30 - Azan berkumandang. Terus bangun dan angkat wuduq solat Qabliyah Subuh. Tiba2 sekali lagi azan, sesuatu yang tak biasa. Solat lah Qabliyah Subuh sekali lagi. Baru tahu rupanya azan pertama tak ada “Assolatukhairum minannaum”, mungkin azan pertama nak kejutkan orang bersedia untuk solat. Kemudian terus bertolak ke rumah Ayub naik kereta untuk persiapkan diri. Bilik mandi dan tandas di Masjid terlalu sesak, daripada sebelum subuh sampai lepas subuh tak putus2 orang nak guna.

08:43 - Sarapan pagi di rumah Ayub bersama lagi 2 orang kawan dia yang baru sampai. Sedap masakan ibu dia, mee goreng dengan ayam masak kentuky.

09:41 - Selesai bersiap, terus ke Masjid Rusila untuk teruskan program. As expected, jalan sangat jem, orang sangat ramai. Majlis pun diteruskan mengikut jadual.



10:34 - Ramai pelajar SMA daripada Perak datang. Berkenalan pula dengan beberapa pelajar, tak diduga adik2 terus buat bulatan halaqoh masa sesi ta'aruf. Mood tak seberapa nak buat perkongsian, mereka juga tidak meminta. Soalan cepumas mereka, abang pelajar tahfiz dekat mana? Berapa juzuk dah hafal? Jujur je jawapannya, bukan pelajar tahfiz dan cuma hafal beberapa surah pilihan sendiri. Katanya dia syak aku pelajar tahfiz kerana pakaianku.

11:38 - Jumpa sekejap dengan Ustazah Anis. Sebelum tu katanya nak beri buku, tapi tertinggal dalam bas. Pertemuan yang cukup ringkas, hanya beberapa saat.

12:30 - Bersiap awal nak solat Jumaat. Ingatkan kalau awal dapat lah tempat. Rupanya hujung belakang tingkat 2 juga yang dapat. Rasanya, kalau lewat sikit mesti kena solat dekat tengah panas dekat luar. Sedikit luar biasa, perempuan ada semasa kami solat jumaat dalam masjid itu, mungkin mereka solat Jumaat sekali. Alhamdulillah.

14:30 - Habis solat Jumaat, teus ke pantai. Ada pertandingan memanah. Selesai turn, tengok sekejap markah. Syukur dapat markah paling tinggi dalam line 3 daripada 4. Tapi lagi 3 line tak tahu berapa markah peserta, mana lah tahu ada yang lebih tinggi kan?


16:40 - Selepas habis solat Asar jumpa semula dekat Ustazah Anis, nak beri buku. Buku "Tidurnya Mereka 309 Tahun" berserta kata2 hikmah "Dedikasi buat: Pejuang agama dambaan syurga." SubhanAllah, sebuah buku tafsir surah al-Khafi. Terharu sangat dapat buku ni, tapi kena kawal diri tak boleh terlalu tunjuk yang kita sangat3 menghargai. Risau terlebih dekat mana2 syaitan akan guna kesempatan tu untuk menjatuhkan kita walaupun kami berbeza umur dan dia lebih tua. Ustazah ada kata dulu dia susah nak dapatkan buku ni, jadi aku mesti jaga sebaik mungkin dan ilmu didalamnya inshaAllah akan diamalkan agar pahala terus mengalir buat ustazah tanpa dikurangkan sedikit pun. Tak tahu macam mana nak express rasa syukur ni.


17:00 - Dah tiba masanya untuk mengumumkan siapa pemenang memanah. Alhamdulillah, Allah beri rezeki untuk merasa kemenangan, menang dalam memanah. Hamper tu besar juga. Dapat hamper terus bawa naik atas masjid dan kembali ke pantai. Cari makan sekali gus dengar pidato daripada wakil Negara Islam seperti Syria, Jordan, Mesir, Indonesia dan lain2. Tapi sedih tak faham sangat bahasa arab, mujur ada penterjemah. Program Ilmu terus dijalankan hingga ke malam hari. Tidur di Masjid.



21 March 2015
05:30 - Bertolak ke rumah Ayub, Apis kata dia kerja jadi perlu bersiap di rumah. Selesai mempersiapkan diri, terus solat subuh dan berkemas.

07:30 - Bertolak daripada rumah nak ke Bus Terminal dekat Kuala Terengganu untuk beli tiket balik.


08:20 - Selesai beli tiket dan semua barang dah ada dalam kereta. Terus ke Masjid Rusila bagi meneruskan program. Sambil tu jalan2 sekejap dekat kawasan masjid, singgah kedai mana tahu ada yang berminat. Ada, serban dan kopiah warna putih hitam, favorite colour.



10:00 - Ada kempen derma darah, pertama kali derma darah. Masa dia cucuk jari nak ambil blood sample tu sakit sikit, tapi masa dia cucuk jarum yang besar untuk keluarkan darah tu tak sakit langsung. Rasa macam darah mengalir keluar dengan lembut. Jadi tak perlu lah takut, sakitnya yang paling sakit masa nak derma darah ni masa nak ambil blood sampel dekat jari hantu tu je. Bila tengok balik gambar, "ketaranya warna tangan dan lengan aku."


18:00 – Borak sekejap dengan abang Ipar hafiz tentang hala tuju selepas ini. Alhamdulillah, dapat banyak maklumat berguna. Azuan buat muka sedih sambil buat2 macam nak nangis sebab dah nak berpisah. Sebelum berpisah dah pun pastikan semua contact ada. Serba salah nak balik dibuatnya.

20:00 - Selesai jamak solat, terus ke Bus Terminal nak beransur pulang. Bas pukul 21.30, tapi disebabkan jalan jem yang amat. Pukul 20:56 baru sampai stesen.

21:00 - Berkelanan pula dengan Maliki yang sebaya dengan aku, kenal semasa menunggu bas. Cepat mesra orangnya. Jurusan pondok juga. Selepas dia minta tolong jaga beg sebab nak pergi kedai terus dia nak belanja makan. Tapi aku tak makan dan hanya minum air kosong. Risau menyusahkan dia.

21:30 - Masing2 naik bas, Maliki ke Kedah, aku ke Kuala Lumpur. Alhamdulillah semuanya baik dan selamat.

22 March 2015
05:27 - Alhamdulillah selamat sampai ke TBS. Tinggal berapa minit lagi nak masuk subuh. Duduk dulu di kerusi menunggu. Aku tengok dekat kawasan ni ada sedikit berbeza. Tak ramai yang bertudung labuh dan berkopiah.

06:20 - Selesai solat subuh berjemaah. Jemaah bertali arus tak putus sampai beratur nak solat. Selesai dan bersedia terus ambil LRT ke Bandaraya dan naik Bas RapidKL ke rumah.. Sampai di KL terasa sesuatu yang sangat berbeza.

07:21 - Alhamdulillah selamat jejak kaki dirumah.

Semasa di Terengganu, pandangan sangat dijaga. Alhamdulillah, satu pencapaian baru. Selama 5 hari bermusafir tak sekali pun mata ini pernah melihat wajah adik perempuan Ayub walaupun serumah. Teringat riwayat hidup Badiuzzaman Said Nursi, 2 tahun menetap di rumah ketua kampung, tidak sekali pun melihat wajah anak2 ketua kampung tersebut. Badiuzzaman juga ada cakap “bagaimana aku hendak jatuh cinta jika tidak pernah memandang wajah anak tuan.” dan “Tidak halal bagi seorang penuntut ilmu melihat sesuatu yang haram baginya (wajah anak ketua kampung).”
Di sana juga semua peniaga, pengawal, juruteknik, petugas dan sebagainya berpurdah dan berserban. Ada juga semasa persembahan kawad, muslimat yang berkawad ramai yang berpurdah. Nak lihat seseorang yang tudung sikit tu hampir mustahil. Tapi bila jejak kaki di Bandaraya, KL terasa janggal. Sejauh mata memandang sangat sukar melihat mereka yang berpakaian sunnah. Lupa bahawa KL adalah tempat kelahiran. Mungkin sebab terlalu selesa dengan Bi’ah dan Bai’ah di sana.
Orang sana sangat senang nak membantu, seperti mana Ayub yang sudi menyambut tetamu yang baru sahaja dikenali tak sampai beberapa minit. Seperti pakcik Zamri yang sudi bantu beri maklumat dan katanya “dekat sana semua orang pakai serban, jangan risau, awak akan selamat, kalau susah mereka semua baik2 akan bantu juga.” Seperti pakcik Saif yang sudi nak bantu hingga sampai ke masjid dan beri nombor telefon AJK masjid untuk kebenaran tidur masjid. Saif juga minta tolong jagakan beg sedangkan baru berapa minit kenal, besar sungguh kepercayaan mereka. Begitu juga Maliki dan kawan2 lain.
Kalau dulu aku selalu buat orang terhutang budi, mereka selalu serba salah sebab asyik dibantu, aku pula suka menyakat dan kata tak menyusahkan pun. Kini aku pula yang memerlukan, terasa macam ada satu perasaan yang tak selesa, terhutang budi.
Satu pengalaman baru, tidak bersiap apa2 terus merantau ke negeri orang seorang diri. Tak tahu bagaimana makan, minum, penginapan dan keselamatan. Alhamdulillah syukur sangat, sepanjang berada di sana, hati ini tenang je. Terasa perjalan nak ke sana teramat dipermudahkan Allah. Sungguh terbukti sebuah hadith yang mengatakan;

Daripada Abu Hurairah r.a. daripada Nabi SAW, Baginda telah bersabda:
Barangsiapa yang melepaskan seorang mukmin daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan dunia, nescaya Allah akan melepaskannya daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan Qiamat. Barangsiapa yang mempermudahkan bagi orang susah, nescaya Allah akan mempermudahkan baginya di dunia dan di akhirat. Barangsiapa yang menutup ke’aiban seorang muslim, nescaya Allah akan menutup ke’aibannya di dunia dan akhirat. Allah sentiasa bersedia menolong hambaNya selagi mana dia suka menolong saudaranya. Barangsiapa yang melalui suatu jalan untuk menuntut ilmu, nescaya Allah akan mempermudahkan baginya suatu jalan menuju ke syurga. Sesuatu kaum tidak berkumpul di salah sebuah rumah-rumah Allah (iaitu masjid) sambil mereka membaca Kitab Allah dan mengkajinya sesama mereka melainkan suasana ketenangan akan turun ke atas mereka, rahmat akan melitupi mereka dan mereka akan di kelilingi oleh para malaikat dan Allah akan menyebut (perihal) mereka kepada orang-orang yang berada di sisiNya. Barangsiapa yang terlambat amalannya, nescaya nasab keturunannya tidak mampu mempercepatkannya.
(HR Muslim)

Read more »
These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati