Tahukah anda siapa Saidatina Fatimah? Saidatina Fatimah az-Zahra r.a. adalah puteri bongsu Rasulullah S.A.W, Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muthalib bin Hasyim bersama isteri tercinta. Khadijah Bin Khuwailid

Beliau merupakan anak yang ke-empat Rasulullah S.A.W. yang mana dilahirkan pada penghulu hari iaitu hari Jumaat bersamaan 20 Jamadil Akhir. Saat kelahiran puteri kesayangan Rasulullah bertempatan dengan selesainya orang Quraisy membina Ka’bah. Kelahiran Saidatina Fatimah az-Zahra memberi kegembiraan kepada Rasulullah S.A.W. Baginda berkata kepada Saidatina Khadijah

 “Wahai Khadijah sesungguhnya dia (Fatimah) adalah manusia yang diberkati dan sesungguhnya Allah S.W.T memberi keturunuan darinya.”

Kegembiraan Rasulullah bertambah lagi dengan kemiripan Fatimah az-Zahra dengan baginda Rasulullah S.A.W dan direkod oleh Al-Hakim meriwayatkan daripada Anas Bin Malik r.a berkata:

“Sesungguhnya Fatimah az-Zahra adalah seorang yang sangat mirip dengan Rasulullah S.A.W. dengan memiliki kulitnya putih, bibirnya merah dan rambutnya hitam.”

Menurut Ummul Mukminin Ummu Salamah r.a :

“Fatimah az-Zahra adalah anak Rasulullah S.A.W. Dia adalah seorang yang memiliki perwatakan mirip dengan Rasulullah S.A.W.

Saidatina Fatimah az-Zahra memiliki banyak gelaran antaranya Az-Zahra, Ash-Shadiqah, Al-Batul dan Ummu Abiha. Tetapi gelaran paling dikenali ialah Az-Zahra yang mana gelaran ini diberikan oleh ayahandanya sendiri Rasulullah S.A.W. yang bermaksud bunga bagi Nabi S.A.W. kerana memiliki kulit yang putih. Diriwayatkan dari Ja’far Bin Muhammad Bin Ali r.a dari ayahnya berkata

“Saya bertanya kepada Rasulullah tentang Fatimah, “Kenapa kamu menamakannya dengan Fatimah?” Baginda menjawab. “Kerana jika dia berdiri di mihrobnya dia akan memancarkan cahaya bagi penghuni langit sebagaimana bintang menyinari penghuni bumi.”

Bersederhana 

Umum mengetahui Saidatina Fatimah Az-Zahra memiliki budi pekerti mulia kerana beruntung sejak kecil lagi diasuh dan dididik dengan akhlak mulia oleh ibubapanya Rasulullah S.A.W. dan Saidatina Khadijah bin Khuwailid. Saidatina Fatimah merupakan seorang yang sabar dan tabah menghadapi ujian hidup ini dapat dilihat semasa keperitan hidup yang dilalui yang mana mengamalkan konsep keserhanaan walaupun beliau puteri Rasulullah S.A.W. serta tidak tamak menggunakan harta Baitul Mal untuk kepentingan peribadi.

Taat Agama & Suami

Beliau juga seorang yang taat kepada agama dan suami. Beliau sentiasa menjaga maruah sebagai isteri, membantu suaminya melakukan kerja-kerja harian seperti menumbuk gandum, menguli tepung dan membakar roti serta tidak pernah ingkar suruhan suami, serta menyokong perjuangan dakwah suaminya iaiti Saidina Ali r.a.

Pemurah

Fatimah juga memiliki sifat pemurah dan bertanggungjawab serta mempunyai semangat jihad yang tinggi. Sifat pemurah Saidatina Fatimah dapat dilihat menerusi peristiwa kedatangan Salman yang kelaparan datang ke rumahnya untuk meminta makanan. Ketika itu walaupun Saidatina Fatimah juga tidak memiliki apa-apa makanan , beliau memberikan tudungnya kepada Salman agar ditukar dengan jagung milik Shamoon; seorang yahudi yang mana akhirnya memeluk Islam.

Sanggup Berkorban 

Selain itu juga, Saidatina banyak membantu Rasulullah S.A.W dalam menegakkan agama Islam. Beliau juga sama-sama berkorban untuk mengembangkan agama Islam yang dibawa oleh ayahnya dan pengalaman yang dilaluinya mengajar beliau hidup lebih tabah dan sabar. Sifat beliau yang lebih mengutamakan keperluan orang lain berbanding dengan keperluan sendiri ini harus diteladani oleh kaum Muslimat hari ini

Ibu Mithali

Hasil perkahwinan bersama Saidina Ali r.a, mereka dikurniakan enam orang anak iaitu Hassan, Husain, Muhassin, Zaynab, Ummu Khalsum dan Ruqayah. Saidatina Fatimah juga berjaya menjadi seorang ibu yang baik untuk anak-anak mereka yang mana tidak pernah membantah Saidatina Fatimah. Hasil didikan sempurna melayakkan al-Hassan, al-Hussain dipilih menjadi Saiyidan Syabab Ahli Jannah, manakala Zainab pula mengadakan majlis Pengajian Khusus untuk wanita(Ahli sastera Islam).

Sumbangan Kepada Perjuangan Islam

Kalau kita lihat banyak sumbangan Saidatina Fatimah dalam perjuangan Islam, antaranya menjadi pendorong dan motivasi kepada Rasulullah S.A.W. ketika Rasulullah S.A.W. menerima tekanan kaum Quraisy Mekah.

Selain itu, muslimah hebat ini turut membantu menyediakan makanan untuk tentera Islam yang menggali parit dalam peperangan Khandak.

Beliau menjadi seorang isteri yang solehah dengan memberi khidmat kepada suaminya Saidina Ali menyampaikan dakwah dan membuat persiapan untuk memasuki medan peperangan. Beliau juga tidak terkecuali membantu be rsama-sama dengan wanita Islam memberi rawatan kepada tentera Islam yang cedera dalam peperangan Uhud.

Begitu hebat dan mulia pengorbanan yang diberikan oleh Saidatina Fatimah dalam membantu perjuangan Islam sejak kecil sehingga kewafatannya.

Saidatina Fatimah meninggal dunia enam bulan selepas kewafatan Rasulullah s.a.w. ketika beliau berusia 28 tahun dan dimakamkan oleh suami tercinta di Janat Ull baqih, Madinah. Sebelum meninggal beliau sempat meninggalkan 3 wasiat. Pertama, supaya Saidina Ali r.a berkahwin dengan Amamah bin al-Ash Bin Rabi’ yang merupakan anak saudaranya Zainab r.a.

Berkata Saidatina Fatimah,

“Sesungguhnya dia akan menjadi seorang ibu bagi anak-anakku seperti diriku dalam hal kasih sayang (yang ada padaku) dan juga kecintaan (yang ada padaku).

Kedua, membuat keranda untuknya yang berbentuk tempat tidur yang diikat dengan pelepah kurma yang menjadi pegangan dari tempat tidur (berbentuk seperti keranda), dan ia ditutupi dengan kain.
Ketiga, meminta suaminya menguburkannya di waktu malam di Baqi”.

Kehebatan Saidatina Fatimah az-Zahra harus kita contohi melalui sifat-sifat keperibadiannya yang unggul dan hebat. Sekiranya kaum muslimat samada seorang anak, isteri dan ibu dapat meniru dan meneladani sifat-sifat ini dapat kita menjalani kehidupan yang diredhai.
Read more »
These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Begitu ramai insan yang bernikah dan mengharapkan bahagia tetapi sayang, nikmat kebahagiaan mereka tidak kekal lama. Mungkin kerana tiada redha dan keberkatan Allah. Mungkin juga kerana tidak cukup persiapan dalam membina sebuah bahtera.

Ada syarat yang aku letakkan pada diri sendiri, ada ciri wanita pilihan, ada cara terhormat bagi mendapatkan dia.

Yang extra info tu kelebihan. Nak baca tak apa, tak nak baca rugi lah info (walaupun terlalu simple). Nak yang betul-betul details tunggu post lain lah ye. Peace!

1) Syarat Pada Diri.

i) Jaga hubungan dengan Allah dan Rasulullah.
- Solat 5 waktu berjemaah.
- Puasa sebulan Ramadhan.
- Puasa sunat (jika mampu).
- Fasih membaca Al-Quran (hafal jika mampu).
- Selawat dan zikir selalu.
- Hindari maksiat.
- Jauhi zina (jangan kata berzina, dekat pon jangan).

Extra info:
- Solat 5 waktu jemaah: 27 kali ganda pahala untuk setiap gerakkan. 13 rukun X 27 pahala = 351 total. Secara saintifik dapat hidar stroke, lenguh, kembalikan tenaga yang hilang dan sebagainya.
- Puasa: Menjaga diri daripada bermaksiat. Secara saintifik; stress terkawal, kesihatan terjaga, mood terkawal.
- Al-Quran: Hati tenang, pemikiran tajam, mengajar anak dan isteri mengaji.
- Zikir: Dipermudahkan urusan, kata-kata terjaga, pahala besar berganda.
- Tidak bermaksiat: Bila Allah dah redha semua urusan jadi senang dan diberkati.
- Jauhi zina: Zina jauh, ikhtilat (pergaulan) terjaga, hati tak gelap, memupuk sifat kesetiaan.

ii) Penuhi diri dengan ilmu.
- Ilmu usrawi (agama/akhirat).
- Ilmu duniawi (akademik).
- Ilmu rumah tangga.
- Ilmu mendidik anak.
- Ilmu psikologi.

Extra info:
- Ilmu usrawi: Akhirat dan dunia lebih terjaga, tahu hukum hakam, menjadi rujukan, hubungan dengan Allah dan manusia lebih terjaga.
- Ilmu duniawi: Boleh jadi sumber pendapatan, tidak terlalu rendah diri, menjadi rujukan.
- Ilmu rumah tangga: Tahu mencari solusi dalam masalah rumah tangga, tahu cara menyayangi dan mengasihi yang betul, memupuk sifat tolak ansur.
- Ilmu mendidik anak: Tahu cara yang betul membesarkan anak dizamannya, tahu cara mencurahkan kasih sayang yang sebetulnya, anak boleh jadi kawan baik.
- Ilmu psikologi: Senang memahmi situasi yang comlpex, tahu menyelesaikan masalah dengan cara yang terbaik (win win situation).

iii) Menjaga ikhtilat (pergaulan).
- Bergaul sebatas urusan seperti yang ditetapkan oleh ULAMA.

Extra info:
Sebatas urusan: Memupuk kesetiaan, tidak mendekati zina, dipercayai tidak akan curang,

iv) Memunyai pendapatan yang stabil.
- Ada rumah, harta dan tanah. / Pelan dan usaha menyara hidup.

Extra info:
Dunia kini hampir semua memerlukan duit, event belajar pun banyak pihak yang mengambil keuntungan. Kos sara hidup kini meningkat secara mendadak, nafkah keluarga secara keseluruhan juga perlu di ambil kira. Perlu persediaan tentang bayaran rumah, kenderaan, tanah, duit belanja, duit susu, duit rawatan, duit minyak, duit cukai dan macam macam lagi. Janji Allah lepas kahwin pintu rezeki terbuka luas tapi kenalah dijemput dengan doa, usaha, tawakal sedekah, solat fardhu jemaah dan sebagainya.

2) Kriteria seorang isteri.

Agama: Redha pada agama yang ada padanya.

Extra info:
Akhlak terpelihara, ikhtilat terkawal, ada sedikit sifat kepimpinan, aurat dijaga dengan baik, sedikit berilmu, mempunyai semangat tinggi untuk mendalami ilmu.

Kecantikan: Sedap mata memandang.

Extra info:
Bermula pada agama, wajah sederhana pun akan menjadi yang terindah di mata seorang suami.

Harta: Tak kisah

Extra info: Rezeki ditangan Allah. Kaya atau miskin si dia tidak menjamin kebahagiaan.

Keturunan: Tak kisah asalkan agamanya diredhai.

Extra info:
Memang akan ada posibility dia akan mewarisi sifat keluarganya, Lebih parah jika latar belakang keluarganya kucar kacir. Namun jika agamanya baik, masalah ini pasti dapat diatasi disamping melahirkan generasi yang dia sendiri tidak akan membenarkan kesakitannya dirasai oleh warisnya.

3) Cara terhormat
- Mencontohi kisah Ali dan Fatimah serta Muhammad dan Khadijah.

Extra info:
- Menggunakan orang tengah, merisik seperti saranan Saidina Umar (bermusafir dengannya), tidak lalai selagi belum halal, menjaga batas, tidak berhubung diluar urusan.
Read more »
These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Sedang Alif cuba mencari fokus untuk meneruskan bacaan, dia tertidur di atas katilnya bertemankan sebuah novel tarbiah.

Kaki menaiki tangga bas dan terus melangkah kebelakang mencari tempat duduk. Suasana hening dengan karenah rakan-rakan. Dibahagian tempat duduk kedua terakhir sebelah kanan ku terlihat seorang Ustazah yang bernama Saidatul Hanisah namun aku menggelarkannya Kak Anis. Dia sedang asyik meneliti handphone. Namun tidak pula terdetik hati ingin mengambil tahu apakah yang dilakukan kerana hormat privasinya. Khusyuk.

Sejurus jasad ini tiba di satu-satunya ruang duduk yang masih kosong di belakang bas ada sebaris kerusi berjumlahkan 5 ruang, kelihatan hanya seorang Ustazah yang aku gelarkan sebagai kak Ha sedang duduk sambil anak matanya merenung ke luar tingkap sebelah kanannya. Dia duduk di kerusi yang ke 2 daripada kanan. Aku mengambil tempat di kerusi yang ke 2 daripada kirinya. Saja diselangkan satu kerusi kosong diantara kami kerana perasaan hormat yang tinggi padanya.

Bas mula bergerak. Anak mataku termenung kosong melihat ke luar jendela. Kelihatan warung-warung, orang sedang asyik mahu membuka gerai. Perjalan kini tiba di persimpangan Greenwood daripada Taman Berjaya. Lamunan yang bermain difikiran terpustus akibat tersentak kerana ditegur.

"Alif Aiman, ibu pegaiwai MAIWP (Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan) kan?", soalan daripada seseorang yang sangat ku hormati, Ustazah Fatimah Syarha. 'Alif Aiman? Tak sangka ustazah boleh ingat nama itu. Namun hairan seribu kali hairan bagaiman nama itu boleh terpancul sedangkan aku lebih senang digelarkan dengan nama Muhammad Alif', monolog ku sendirian seketika.

"Ha'ah, kenapa ustazah?", Soal ku hairan. "Saya dah lama tak bagi ceramah disana dan ingatkan nak buat satu dalam masa terdekat." Wajahnya bersih dihiasi senyuman, berkata dengan penuh sopan. 'Seingat aku kali terakhir Ustazah memberi ceramahnya adalah pada bulan 3 tahun lepas'.

"InshaAllah, nanti saya bagitahu dekat mama", ringkas jawapan diberi.

"Kamu jangan kata saya yang mahu tau, tapi syorkan pada ibu kamu tau!", aku terpaku sekejap. Menilai gaya bahasa yang digunakan. Senyuman dibibir tidak lekang namun nadanya cukup tegas. 'Aku keliru, ni sebenarnya ketegasan dalam kelembutan atau kekasaran yang dihiasi kelembuatan? Argh, astagfirullah!' Cepat pula aku istigfar dalam hati daripada bersangka-sangka.

Aku tidak membalas dengan kata-kata cukup senyuman menjadi jawapan. Tidak berani memandang dia lama-lama kerana perasaan hormat yang tinggi lantas di merupakan isteri orang. Pandangan kini dikembalikan keluar tingkap. Aku menutup mata sementara bagi menarik nafas dan apabila mata dibuka aku sedang berada di atas katil yang masih bertemankan novel Tautan Hati karya Ustazah Fatimah Syarha.

Mimpi yang cukup membuatkan aku tertanya-tanya, apakah maksud mimpi ini? Adakah patut aku melayannya? Objektif mimpi itu adalah suatu permintaan supaya dapat berkongsi ilmu, menyedarkan ummah dan menjadi lebih mahal di nata-Nya dengan bantuan Ustazah. Semoga Allah melindungi ku sentiasa. Allahumma Ameen~
Read more »
These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati