18 March 2015
Malam sebelum tu dalam lingkungan pukul 10, dapat jemputan ke Ijtima’ Ulama’ dekat Terengganu buat kali ke-2. Entah kenapa tiba-tiba semangat nak pergi. Masa jemputan yang pertama macam nak tak nak sebab jauh dan memikirkan kos perjalan. Tapi kali ni seolah-olah, “kos tu semua harta dunia, ilmu ni bawa akhirat.” Sebelum bertolak dan teruja semacam nak dapat ilmu baru dan ukwah baru. Adab ‘bag packing’ lah tak ready apa-apa. Macam mana nak ‘survive’ dekat sana semuanya serahkan pada Allah.

11:00 – Bertolak daripada rumah, pasang niat nak musafir, nak cari ilmu, dan kerana Allah. Kita pun jalan lah kaki sampai ke ‘bus stop’ berdekatan, adalah dalam 400 meter. Penat menunggu, 40 minit kemudian barulah bas sampai. Masa dalam bas jumpa pula junior lama. Sempat borak sekejap kongsi pengalaman sebagai back packing ni. Perjalan kami ke destinasi yang sama hingga ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS). Banyaklah masa berborak mencari semangat untuk merantau seorang diri. Dia ke Langkawi, aku ke Terengganu, seorang diri.

12:00 - Selepas naik bas, beransur ke LRT baru sampai ke TBS. Sekarang ni memang cukup keliru, nak berhenti dekat Terengganu dekat kawasan mana? Tak ada idea, tak ada hint nak turun mana. Tanya kaunter dia kata turun Kuala Berang, tapi mata dia mencurigakan. Dia tak yakin.

13:00 - Sejam mencari maklumat tak jumpa. Doa dalam hati “Allahumma Yasir Wa La Tu’asir.” Alhamdulillah datang seorang pakcik nak jual tiket (Kuala Terengganu) dia sebab ada urusan kerja, diskaun RM1.20. Dia daripada Terengganu, dia banyak guide macam mana nak sampai ke Masjid Rusila, Marang. Alhamdulillah terasa sangat dipermudahkan. Tapi sebelum beli call kawan2 tanya apa pendapat jadi lone ranger. Rata2 kata “orang macam kau campak mana pun boleh hidup.” Great, jalan. Kesian pula dekat junior tu, nak beli tiket balik daripada Langkawi tapi tak ada. Pergi naik flight, tiketnya RM288, mahal.


20:50 - Selesai solat ishak berjemaah. Tiket pukul 10 malam, tak keruan duduk dekat TBS tak tahu nak buat apa. Dah bosan, habiskan masa menghafal Quran, baca buku, tengok Anime. Sebelum tu ada terfikir, nak tidur mana dan apa ikhtiar untuk ‘survive’. Contact lah Dila, tanya pengalaman dia musafir seorang diri ke Melaka dan di mana dia tidur. Ringkas dia balas, “pngalaman utk ikhtiar dlm segala hal, tawakal, berfikir dgn bijak, mmberanikan diri. rumah kenalan kluarga hanan di masjid tanah” SubhanAllah, ringkas jawapan member banyak ilham. Terus contact beberapa orang rakan yang ada potensi kemudian Arfah, seorang rakan di Qatar, Arab Saudi. Arfah kata dia ada saudara mara dan kenalan di Terengganu, ikhlas pertolongannya. Alhamdulillah, berkat usaha Arfah, dapat berkenalan dengan Ayub, senior sekolah pondok Arfah.


21:30 - Turunlah ke pintu gate, nombor 07. Jumpa pula dengan pakcik Saif. Sempat berukhwah dan dia banyak juga bantu. Siap bagi nombor AJK Masjid Rusila lagi untuk tanya penginapan dekat Masjid. SubhanAllah, sangat dipermudahkan. Hati tenang je nak sampai ke sana. Dia ingatkan sekali lagi, sebelum sampai ke Kuala Terengganu minta driver bas turunkan dekat Masjid Rusila sebab bas lalu betul2 depan masjid.

21:50 - Bas pun sampai duduk lah dekat tempat duduk 6C dalam bas Plusliner bertiketkan nama pakcik Zamri. Ayub ada mesej, katanya bilik dan siap kemas. Tak tahu nak kata macam mana. Allah sangat permudahkan.

22:00 - Mata tak mengantuk, rasanya baik untuk cari maklumat. Berborak dengan pakcik bas, dapat tahu yang lebih 3 juta pengunjung daripada 18 negara datang (41 negera sebenarnya). Cukup borak dan terus ke tempat duduk semula nak tidur. Terfikir dalam diri aku ni hipokrit sangat ke? Bila perlukan sesuatu atau ingin berukhwah sangatlah peramah (berlakon), tapi bila kembali kepada fitrah asal, sebaliknya (pendiam).
 

19 March 2015
04:45 - Alhamdulillah sampai di Masjid Rusila. Luas juga masjidnya walaupun tak seluas Masjid Wilayah atau Masjid Negara. Berhenti betul2 depan pintu masjid. Masuk subuh terus solat berjemaah, cuma kenapa Azan 2 kali? Atau aku yang mengigau?


07:00 - Done kuliah Subuh. It’s time to find more ukhwah. Alhamdulillah, dapat berkelan dengan tiga orang daripada Kedah. Back packing juga tapi bertiga. Nuqman, Azmeerul, Asyraf. Mereka bertiga lepasan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM). Masing2 berumur 19 tahun. Habis ta’aruf kami pun jalan2 tepi pantai.



07:57 - Pagi khamis, majlis belum mula jadi kerja kami makan tidur jelah dekat masjid. Tak berapa lama selepas tu berkenalan pula dengan mereka yang daripada SMA dan pondok dari Selangor, Kedah dan Sabah. Nabil, Ehsan, Nafis, Faiz, Azuan.

13:08 - Adik kepada Ayub, Hafiz datang jemput naik kereta Waja 1.6. Tapi sebelum tu ajak solat Jemaah Zohor dulu. Hari khamis ni memang tak jamak langsung, straight solat macam biasa berjemaah.

14:00 - Sampai dekat rumah Ayub. Kagum juga dengan keluarga besar ni. Ada 20 adik beradik, sihat sungguh ibu dia yang seorang itu. Dapatlah bilik atas, bilik tetamu. Niat untuk berukwah bersama keluarga Ayub diteruskan. Hebat keluarga ini, majoriti merepuka jurusan pondok. Banyak juga nasihat diberikan, antaranya berkenaan keberkatan hidup.

15:30 - Pergi semula ke Masjid Rusila dan iktikaf dekat sana. This time, I drive. Datang masjid berjalan2 dulu dekat kawasan masjid dan gerai2 berhampiran. Adalah panjangnya dalam 1 km.

19:54 - Selesai solat magrib, kuliah diteruskan dan program Pra Pelancaran dijalankan. Entah berapa ribu orang yang datang. Penuh. Nak solat mesti bersedia 30 minit awal, kalau tak solat dekat luar masjid.

23:00 - Dah tertidur penat, tidur dalam keadaaan iktikaf dekat Masjid Rusila. Ramai sangat malam ni, berbeza dengan hari mula2 datang, lengang. Nak tidur kena selit2.
 

20 March 2015
05:30 - Azan berkumandang. Terus bangun dan angkat wuduq solat Qabliyah Subuh. Tiba2 sekali lagi azan, sesuatu yang tak biasa. Solat lah Qabliyah Subuh sekali lagi. Baru tahu rupanya azan pertama tak ada “Assolatukhairum minannaum”, mungkin azan pertama nak kejutkan orang bersedia untuk solat. Kemudian terus bertolak ke rumah Ayub naik kereta untuk persiapkan diri. Bilik mandi dan tandas di Masjid terlalu sesak, daripada sebelum subuh sampai lepas subuh tak putus2 orang nak guna.

08:43 - Sarapan pagi di rumah Ayub bersama lagi 2 orang kawan dia yang baru sampai. Sedap masakan ibu dia, mee goreng dengan ayam masak kentuky.

09:41 - Selesai bersiap, terus ke Masjid Rusila untuk teruskan program. As expected, jalan sangat jem, orang sangat ramai. Majlis pun diteruskan mengikut jadual.



10:34 - Ramai pelajar SMA daripada Perak datang. Berkenalan pula dengan beberapa pelajar, tak diduga adik2 terus buat bulatan halaqoh masa sesi ta'aruf. Mood tak seberapa nak buat perkongsian, mereka juga tidak meminta. Soalan cepumas mereka, abang pelajar tahfiz dekat mana? Berapa juzuk dah hafal? Jujur je jawapannya, bukan pelajar tahfiz dan cuma hafal beberapa surah pilihan sendiri. Katanya dia syak aku pelajar tahfiz kerana pakaianku.

11:38 - Jumpa sekejap dengan Ustazah Anis. Sebelum tu katanya nak beri buku, tapi tertinggal dalam bas. Pertemuan yang cukup ringkas, hanya beberapa saat.

12:30 - Bersiap awal nak solat Jumaat. Ingatkan kalau awal dapat lah tempat. Rupanya hujung belakang tingkat 2 juga yang dapat. Rasanya, kalau lewat sikit mesti kena solat dekat tengah panas dekat luar. Sedikit luar biasa, perempuan ada semasa kami solat jumaat dalam masjid itu, mungkin mereka solat Jumaat sekali. Alhamdulillah.

14:30 - Habis solat Jumaat, teus ke pantai. Ada pertandingan memanah. Selesai turn, tengok sekejap markah. Syukur dapat markah paling tinggi dalam line 3 daripada 4. Tapi lagi 3 line tak tahu berapa markah peserta, mana lah tahu ada yang lebih tinggi kan?


16:40 - Selepas habis solat Asar jumpa semula dekat Ustazah Anis, nak beri buku. Buku "Tidurnya Mereka 309 Tahun" berserta kata2 hikmah "Dedikasi buat: Pejuang agama dambaan syurga." SubhanAllah, sebuah buku tafsir surah al-Khafi. Terharu sangat dapat buku ni, tapi kena kawal diri tak boleh terlalu tunjuk yang kita sangat3 menghargai. Risau terlebih dekat mana2 syaitan akan guna kesempatan tu untuk menjatuhkan kita walaupun kami berbeza umur dan dia lebih tua. Ustazah ada kata dulu dia susah nak dapatkan buku ni, jadi aku mesti jaga sebaik mungkin dan ilmu didalamnya inshaAllah akan diamalkan agar pahala terus mengalir buat ustazah tanpa dikurangkan sedikit pun. Tak tahu macam mana nak express rasa syukur ni.


17:00 - Dah tiba masanya untuk mengumumkan siapa pemenang memanah. Alhamdulillah, Allah beri rezeki untuk merasa kemenangan, menang dalam memanah. Hamper tu besar juga. Dapat hamper terus bawa naik atas masjid dan kembali ke pantai. Cari makan sekali gus dengar pidato daripada wakil Negara Islam seperti Syria, Jordan, Mesir, Indonesia dan lain2. Tapi sedih tak faham sangat bahasa arab, mujur ada penterjemah. Program Ilmu terus dijalankan hingga ke malam hari. Tidur di Masjid.
 


21 March 2015
05:30 - Bertolak ke rumah Ayub, Apis kata dia kerja jadi perlu bersiap di rumah. Selesai mempersiapkan diri, terus solat subuh dan berkemas.

07:30 - Bertolak daripada rumah nak ke Bus Terminal dekat Kuala Terengganu untuk beli tiket balik.


08:20 - Selesai beli tiket dan semua barang dah ada dalam kereta. Terus ke Masjid Rusila bagi meneruskan program. Sambil tu jalan2 sekejap dekat kawasan masjid, singgah kedai mana tahu ada yang berminat. Ada, serban dan kopiah warna putih hitam, favorite colour.



10:00 - Ada kempen derma darah, pertama kali derma darah. Masa dia cucuk jari nak ambil blood sample tu sakit sikit, tapi masa dia cucuk jarum yang besar untuk keluarkan darah tu tak sakit langsung. Rasa macam darah mengalir keluar dengan lembut. Jadi tak perlu lah takut, sakitnya yang paling sakit masa nak derma darah ni masa nak ambil blood sampel dekat jari hantu tu je. Bila tengok balik gambar, "ketaranya warna tangan dan lengan aku."


18:00 – Borak sekejap dengan abang Ipar hafiz tentang hala tuju selepas ini. Alhamdulillah, dapat banyak maklumat berguna. Azuan buat muka sedih sambil buat2 macam nak nangis sebab dah nak berpisah. Sebelum berpisah dah pun pastikan semua contact ada. Serba salah nak balik dibuatnya.

20:00 - Selesai jamak solat, terus ke Bus Terminal nak beransur pulang. Bas pukul 21.30, tapi disebabkan jalan jem yang amat. Pukul 20:56 baru sampai stesen.

21:00 - Berkelanan pula dengan Maliki yang sebaya dengan aku, kenal semasa menunggu bas. Cepat mesra orangnya. Jurusan pondok juga. Selepas dia minta tolong jaga beg sebab nak pergi kedai terus dia nak belanja makan. Tapi aku tak makan dan hanya minum air kosong. Risau menyusahkan dia.

21:30 - Masing2 naik bas, Maliki ke Kedah, aku ke Kuala Lumpur. Alhamdulillah semuanya baik dan selamat.
 
22 March 2015
05:27 - Alhamdulillah selamat sampai ke TBS. Tinggal berapa minit lagi nak masuk subuh. Duduk dulu di kerusi menunggu. Aku tengok dekat kawasan ni ada sedikit berbeza. Tak ramai yang bertudung labuh dan berkopiah.

06:20 - Selesai solat subuh berjemaah. Jemaah bertali arus tak putus sampai beratur nak solat. Selesai dan bersedia terus ambil LRT ke Bandaraya dan naik Bas RapidKL ke rumah.. Sampai di KL terasa sesuatu yang sangat berbeza.

07:21 - Alhamdulillah selamat jejak kaki dirumah.

Semasa di Terengganu, pandangan sangat dijaga. Alhamdulillah, satu pencapaian baru. Selama 5 hari bermusafir tak sekali pun mata ini pernah melihat wajah adik perempuan Ayub walaupun serumah. Teringat riwayat hidup Badiuzzaman Said Nursi, 2 tahun menetap di rumah ketua kampung, tidak sekali pun melihat wajah anak2 ketua kampung tersebut. Badiuzzaman juga ada cakap “bagaimana aku hendak jatuh cinta jika tidak pernah memandang wajah anak tuan.” dan “Tidak halal bagi seorang penuntut ilmu melihat sesuatu yang haram baginya (wajah anak ketua kampung).”
Di sana juga semua peniaga, pengawal, juruteknik, petugas dan sebagainya berpurdah dan berserban. Ada juga semasa persembahan kawad, muslimat yang berkawad ramai yang berpurdah. Nak lihat seseorang yang tudung sikit tu hampir mustahil. Tapi bila jejak kaki di Bandaraya, KL terasa janggal. Sejauh mata memandang sangat sukar melihat mereka yang berpakaian sunnah. Lupa bahawa KL adalah tempat kelahiran. Mungkin sebab terlalu selesa dengan Bi’ah dan Bai’ah di sana.
Orang sana sangat senang nak membantu, seperti mana Ayub yang sudi menyambut tetamu yang baru sahaja dikenali tak sampai beberapa minit. Seperti pakcik Zamri yang sudi bantu beri maklumat dan katanya “dekat sana semua orang pakai serban, jangan risau, awak akan selamat, kalau susah mereka semua baik2 akan bantu juga.” Seperti pakcik Saif yang sudi nak bantu hingga sampai ke masjid dan beri nombor telefon AJK masjid untuk kebenaran tidur masjid. Saif juga minta tolong jagakan beg sedangkan baru berapa minit kenal, besar sungguh kepercayaan mereka. Begitu juga Maliki dan kawan2 lain.
Kalau dulu aku selalu buat orang terhutang budi, mereka selalu serba salah sebab asyik dibantu, aku pula suka menyakat dan kata tak menyusahkan pun. Kini aku pula yang memerlukan, terasa macam ada satu perasaan yang tak selesa, terhutang budi.
Satu pengalaman baru, tidak bersiap apa2 terus merantau ke negeri orang seorang diri. Tak tahu bagaimana makan, minum, penginapan dan keselamatan. Alhamdulillah syukur sangat, sepanjang berada di sana, hati ini tenang je. Terasa perjalan nak ke sana teramat dipermudahkan Allah. Sungguh terbukti sebuah hadith yang mengatakan;

Daripada Abu Hurairah r.a. daripada Nabi SAW, Baginda telah bersabda:
Barangsiapa yang melepaskan seorang mukmin daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan dunia, nescaya Allah akan melepaskannya daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan Qiamat. Barangsiapa yang mempermudahkan bagi orang susah, nescaya Allah akan mempermudahkan baginya di dunia dan di akhirat. Barangsiapa yang menutup ke’aiban seorang muslim, nescaya Allah akan menutup ke’aibannya di dunia dan akhirat. Allah sentiasa bersedia menolong hambaNya selagi mana dia suka menolong saudaranya. Barangsiapa yang melalui suatu jalan untuk menuntut ilmu, nescaya Allah akan mempermudahkan baginya suatu jalan menuju ke syurga. Sesuatu kaum tidak berkumpul di salah sebuah rumah-rumah Allah (iaitu masjid) sambil mereka membaca Kitab Allah dan mengkajinya sesama mereka melainkan suasana ketenangan akan turun ke atas mereka, rahmat akan melitupi mereka dan mereka akan di kelilingi oleh para malaikat dan Allah akan menyebut (perihal) mereka kepada orang-orang yang berada di sisiNya. Barangsiapa yang terlambat amalannya, nescaya nasab keturunannya tidak mampu mempercepatkannya.
(HR Muslim)

Read more »
These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Tahukah anda siapa Saidatina Fatimah? Saidatina Fatimah az-Zahra r.a. adalah puteri bongsu Rasulullah S.A.W, Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muthalib bin Hasyim bersama isteri tercinta. Khadijah Bin Khuwailid

Beliau merupakan anak yang ke-empat Rasulullah S.A.W. yang mana dilahirkan pada penghulu hari iaitu hari Jumaat bersamaan 20 Jamadil Akhir. Saat kelahiran puteri kesayangan Rasulullah bertempatan dengan selesainya orang Quraisy membina Ka’bah. Kelahiran Saidatina Fatimah az-Zahra memberi kegembiraan kepada Rasulullah S.A.W. Baginda berkata kepada Saidatina Khadijah

 “Wahai Khadijah sesungguhnya dia (Fatimah) adalah manusia yang diberkati dan sesungguhnya Allah S.W.T memberi keturunuan darinya.”

Kegembiraan Rasulullah bertambah lagi dengan kemiripan Fatimah az-Zahra dengan baginda Rasulullah S.A.W dan direkod oleh Al-Hakim meriwayatkan daripada Anas Bin Malik r.a berkata:

“Sesungguhnya Fatimah az-Zahra adalah seorang yang sangat mirip dengan Rasulullah S.A.W. dengan memiliki kulitnya putih, bibirnya merah dan rambutnya hitam.”

Menurut Ummul Mukminin Ummu Salamah r.a :

“Fatimah az-Zahra adalah anak Rasulullah S.A.W. Dia adalah seorang yang memiliki perwatakan mirip dengan Rasulullah S.A.W.

Saidatina Fatimah az-Zahra memiliki banyak gelaran antaranya Az-Zahra, Ash-Shadiqah, Al-Batul dan Ummu Abiha. Tetapi gelaran paling dikenali ialah Az-Zahra yang mana gelaran ini diberikan oleh ayahandanya sendiri Rasulullah S.A.W. yang bermaksud bunga bagi Nabi S.A.W. kerana memiliki kulit yang putih. Diriwayatkan dari Ja’far Bin Muhammad Bin Ali r.a dari ayahnya berkata

“Saya bertanya kepada Rasulullah tentang Fatimah, “Kenapa kamu menamakannya dengan Fatimah?” Baginda menjawab. “Kerana jika dia berdiri di mihrobnya dia akan memancarkan cahaya bagi penghuni langit sebagaimana bintang menyinari penghuni bumi.”

Bersederhana 

Umum mengetahui Saidatina Fatimah Az-Zahra memiliki budi pekerti mulia kerana beruntung sejak kecil lagi diasuh dan dididik dengan akhlak mulia oleh ibubapanya Rasulullah S.A.W. dan Saidatina Khadijah bin Khuwailid. Saidatina Fatimah merupakan seorang yang sabar dan tabah menghadapi ujian hidup ini dapat dilihat semasa keperitan hidup yang dilalui yang mana mengamalkan konsep keserhanaan walaupun beliau puteri Rasulullah S.A.W. serta tidak tamak menggunakan harta Baitul Mal untuk kepentingan peribadi.

Taat Agama & Suami

Beliau juga seorang yang taat kepada agama dan suami. Beliau sentiasa menjaga maruah sebagai isteri, membantu suaminya melakukan kerja-kerja harian seperti menumbuk gandum, menguli tepung dan membakar roti serta tidak pernah ingkar suruhan suami, serta menyokong perjuangan dakwah suaminya iaiti Saidina Ali r.a.

Pemurah

Fatimah juga memiliki sifat pemurah dan bertanggungjawab serta mempunyai semangat jihad yang tinggi. Sifat pemurah Saidatina Fatimah dapat dilihat menerusi peristiwa kedatangan Salman yang kelaparan datang ke rumahnya untuk meminta makanan. Ketika itu walaupun Saidatina Fatimah juga tidak memiliki apa-apa makanan , beliau memberikan tudungnya kepada Salman agar ditukar dengan jagung milik Shamoon; seorang yahudi yang mana akhirnya memeluk Islam.

Sanggup Berkorban 

Selain itu juga, Saidatina banyak membantu Rasulullah S.A.W dalam menegakkan agama Islam. Beliau juga sama-sama berkorban untuk mengembangkan agama Islam yang dibawa oleh ayahnya dan pengalaman yang dilaluinya mengajar beliau hidup lebih tabah dan sabar. Sifat beliau yang lebih mengutamakan keperluan orang lain berbanding dengan keperluan sendiri ini harus diteladani oleh kaum Muslimat hari ini

Ibu Mithali

Hasil perkahwinan bersama Saidina Ali r.a, mereka dikurniakan enam orang anak iaitu Hassan, Husain, Muhassin, Zaynab, Ummu Khalsum dan Ruqayah. Saidatina Fatimah juga berjaya menjadi seorang ibu yang baik untuk anak-anak mereka yang mana tidak pernah membantah Saidatina Fatimah. Hasil didikan sempurna melayakkan al-Hassan, al-Hussain dipilih menjadi Saiyidan Syabab Ahli Jannah, manakala Zainab pula mengadakan majlis Pengajian Khusus untuk wanita(Ahli sastera Islam).

Sumbangan Kepada Perjuangan Islam

Kalau kita lihat banyak sumbangan Saidatina Fatimah dalam perjuangan Islam, antaranya menjadi pendorong dan motivasi kepada Rasulullah S.A.W. ketika Rasulullah S.A.W. menerima tekanan kaum Quraisy Mekah.

Selain itu, muslimah hebat ini turut membantu menyediakan makanan untuk tentera Islam yang menggali parit dalam peperangan Khandak.

Beliau menjadi seorang isteri yang solehah dengan memberi khidmat kepada suaminya Saidina Ali menyampaikan dakwah dan membuat persiapan untuk memasuki medan peperangan. Beliau juga tidak terkecuali membantu be rsama-sama dengan wanita Islam memberi rawatan kepada tentera Islam yang cedera dalam peperangan Uhud.

Begitu hebat dan mulia pengorbanan yang diberikan oleh Saidatina Fatimah dalam membantu perjuangan Islam sejak kecil sehingga kewafatannya.

Saidatina Fatimah meninggal dunia enam bulan selepas kewafatan Rasulullah s.a.w. ketika beliau berusia 28 tahun dan dimakamkan oleh suami tercinta di Janat Ull baqih, Madinah. Sebelum meninggal beliau sempat meninggalkan 3 wasiat. Pertama, supaya Saidina Ali r.a berkahwin dengan Amamah bin al-Ash Bin Rabi’ yang merupakan anak saudaranya Zainab r.a.

Berkata Saidatina Fatimah,

“Sesungguhnya dia akan menjadi seorang ibu bagi anak-anakku seperti diriku dalam hal kasih sayang (yang ada padaku) dan juga kecintaan (yang ada padaku).

Kedua, membuat keranda untuknya yang berbentuk tempat tidur yang diikat dengan pelepah kurma yang menjadi pegangan dari tempat tidur (berbentuk seperti keranda), dan ia ditutupi dengan kain.
Ketiga, meminta suaminya menguburkannya di waktu malam di Baqi”.

Kehebatan Saidatina Fatimah az-Zahra harus kita contohi melalui sifat-sifat keperibadiannya yang unggul dan hebat. Sekiranya kaum muslimat samada seorang anak, isteri dan ibu dapat meniru dan meneladani sifat-sifat ini dapat kita menjalani kehidupan yang diredhai.
Read more »
These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Begitu ramai insan yang bernikah dan mengharapkan bahagia tetapi sayang, nikmat kebahagiaan mereka tidak kekal lama. Mungkin kerana tiada redha dan keberkatan Allah. Mungkin juga kerana tidak cukup persiapan dalam membina sebuah bahtera.

Ada syarat yang aku letakkan pada diri sendiri, ada ciri wanita pilihan, ada cara terhormat bagi mendapatkan dia.

Yang extra info tu kelebihan. Nak baca tak apa, tak nak baca rugi lah info (walaupun terlalu simple). Nak yang betul-betul details tunggu post lain lah ye. Peace!

1) Syarat Pada Diri.

i) Jaga hubungan dengan Allah dan Rasulullah.
- Solat 5 waktu berjemaah.
- Puasa sebulan Ramadhan.
- Puasa sunat (jika mampu).
- Fasih membaca Al-Quran (hafal jika mampu).
- Selawat dan zikir selalu.
- Hindari maksiat.
- Jauhi zina (jangan kata berzina, dekat pon jangan).

Extra info:
- Solat 5 waktu jemaah: 27 kali ganda pahala untuk setiap gerakkan. 13 rukun X 27 pahala = 351 total. Secara saintifik dapat hidar stroke, lenguh, kembalikan tenaga yang hilang dan sebagainya.
- Puasa: Menjaga diri daripada bermaksiat. Secara saintifik; stress terkawal, kesihatan terjaga, mood terkawal.
- Al-Quran: Hati tenang, pemikiran tajam, mengajar anak dan isteri mengaji.
- Zikir: Dipermudahkan urusan, kata-kata terjaga, pahala besar berganda.
- Tidak bermaksiat: Bila Allah dah redha semua urusan jadi senang dan diberkati.
- Jauhi zina: Zina jauh, ikhtilat (pergaulan) terjaga, hati tak gelap, memupuk sifat kesetiaan.

ii) Penuhi diri dengan ilmu.
- Ilmu usrawi (agama/akhirat).
- Ilmu duniawi (akademik).
- Ilmu rumah tangga.
- Ilmu mendidik anak.
- Ilmu psikologi.

Extra info:
- Ilmu usrawi: Akhirat dan dunia lebih terjaga, tahu hukum hakam, menjadi rujukan, hubungan dengan Allah dan manusia lebih terjaga.
- Ilmu duniawi: Boleh jadi sumber pendapatan, tidak terlalu rendah diri, menjadi rujukan.
- Ilmu rumah tangga: Tahu mencari solusi dalam masalah rumah tangga, tahu cara menyayangi dan mengasihi yang betul, memupuk sifat tolak ansur.
- Ilmu mendidik anak: Tahu cara yang betul membesarkan anak dizamannya, tahu cara mencurahkan kasih sayang yang sebetulnya, anak boleh jadi kawan baik.
- Ilmu psikologi: Senang memahmi situasi yang comlpex, tahu menyelesaikan masalah dengan cara yang terbaik (win win situation).

iii) Menjaga ikhtilat (pergaulan).
- Bergaul sebatas urusan seperti yang ditetapkan oleh ULAMA.

Extra info:
Sebatas urusan: Memupuk kesetiaan, tidak mendekati zina, dipercayai tidak akan curang,

iv) Memunyai pendapatan yang stabil.
- Ada rumah, harta dan tanah. / Pelan dan usaha menyara hidup.

Extra info:
Dunia kini hampir semua memerlukan duit, event belajar pun banyak pihak yang mengambil keuntungan. Kos sara hidup kini meningkat secara mendadak, nafkah keluarga secara keseluruhan juga perlu di ambil kira. Perlu persediaan tentang bayaran rumah, kenderaan, tanah, duit belanja, duit susu, duit rawatan, duit minyak, duit cukai dan macam macam lagi. Janji Allah lepas kahwin pintu rezeki terbuka luas tapi kenalah dijemput dengan doa, usaha, tawakal sedekah, solat fardhu jemaah dan sebagainya.

2) Kriteria seorang isteri.

Agama: Redha pada agama yang ada padanya.

Extra info:
Akhlak terpelihara, ikhtilat terkawal, ada sedikit sifat kepimpinan, aurat dijaga dengan baik, sedikit berilmu, mempunyai semangat tinggi untuk mendalami ilmu.

Kecantikan: Sedap mata memandang.

Extra info:
Bermula pada agama, wajah sederhana pun akan menjadi yang terindah di mata seorang suami.

Harta: Tak kisah

Extra info: Rezeki ditangan Allah. Kaya atau miskin si dia tidak menjamin kebahagiaan.

Keturunan: Tak kisah asalkan agamanya diredhai.

Extra info:
Memang akan ada posibility dia akan mewarisi sifat keluarganya, Lebih parah jika latar belakang keluarganya kucar kacir. Namun jika agamanya baik, masalah ini pasti dapat diatasi disamping melahirkan generasi yang dia sendiri tidak akan membenarkan kesakitannya dirasai oleh warisnya.

3) Cara terhormat
- Mencontohi kisah Ali dan Fatimah serta Muhammad dan Khadijah.

Extra info:
- Menggunakan orang tengah, merisik seperti saranan Saidina Umar (bermusafir dengannya), tidak lalai selagi belum halal, menjaga batas, tidak berhubung diluar urusan.
Read more »
These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Sedang Alif cuba mencari fokus untuk meneruskan bacaan, dia tertidur di atas katilnya bertemankan sebuah novel tarbiah.

Kaki menaiki tangga bas dan terus melangkah kebelakang mencari tempat duduk. Suasana hening dengan karenah rakan-rakan. Dibahagian tempat duduk kedua terakhir sebelah kanan ku terlihat seorang Ustazah yang bernama Saidatul Hanisah namun aku menggelarkannya Kak Anis. Dia sedang asyik meneliti handphone. Namun tidak pula terdetik hati ingin mengambil tahu apakah yang dilakukan kerana hormat privasinya. Khusyuk.

Sejurus jasad ini tiba di satu-satunya ruang duduk yang masih kosong di belakang bas ada sebaris kerusi berjumlahkan 5 ruang, kelihatan hanya seorang Ustazah yang aku gelarkan sebagai kak Ha sedang duduk sambil anak matanya merenung ke luar tingkap sebelah kanannya. Dia duduk di kerusi yang ke 2 daripada kanan. Aku mengambil tempat di kerusi yang ke 2 daripada kirinya. Saja diselangkan satu kerusi kosong diantara kami kerana perasaan hormat yang tinggi padanya.

Bas mula bergerak. Anak mataku termenung kosong melihat ke luar jendela. Kelihatan warung-warung, orang sedang asyik mahu membuka gerai. Perjalan kini tiba di persimpangan Greenwood daripada Taman Berjaya. Lamunan yang bermain difikiran terpustus akibat tersentak kerana ditegur.

"Alif Aiman, ibu pegaiwai MAIWP (Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan) kan?", soalan daripada seseorang yang sangat ku hormati, Ustazah Fatimah Syarha. 'Alif Aiman? Tak sangka ustazah boleh ingat nama itu. Namun hairan seribu kali hairan bagaiman nama itu boleh terpancul sedangkan aku lebih senang digelarkan dengan nama Muhammad Alif', monolog ku sendirian seketika.

"Ha'ah, kenapa ustazah?", Soal ku hairan. "Saya dah lama tak bagi ceramah disana dan ingatkan nak buat satu dalam masa terdekat." Wajahnya bersih dihiasi senyuman, berkata dengan penuh sopan. 'Seingat aku kali terakhir Ustazah memberi ceramahnya adalah pada bulan 3 tahun lepas'.

"InshaAllah, nanti saya bagitahu dekat mama", ringkas jawapan diberi.

"Kamu jangan kata saya yang mahu tau, tapi syorkan pada ibu kamu tau!", aku terpaku sekejap. Menilai gaya bahasa yang digunakan. Senyuman dibibir tidak lekang namun nadanya cukup tegas. 'Aku keliru, ni sebenarnya ketegasan dalam kelembutan atau kekasaran yang dihiasi kelembuatan? Argh, astagfirullah!' Cepat pula aku istigfar dalam hati daripada bersangka-sangka.

Aku tidak membalas dengan kata-kata cukup senyuman menjadi jawapan. Tidak berani memandang dia lama-lama kerana perasaan hormat yang tinggi lantas di merupakan isteri orang. Pandangan kini dikembalikan keluar tingkap. Aku menutup mata sementara bagi menarik nafas dan apabila mata dibuka aku sedang berada di atas katil yang masih bertemankan novel Tautan Hati karya Ustazah Fatimah Syarha.

Mimpi yang cukup membuatkan aku tertanya-tanya, apakah maksud mimpi ini? Adakah patut aku melayannya? Objektif mimpi itu adalah suatu permintaan supaya dapat berkongsi ilmu, menyedarkan ummah dan menjadi lebih mahal di nata-Nya dengan bantuan Ustazah. Semoga Allah melindungi ku sentiasa. Allahumma Ameen~
Read more »
These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Assalamu'alaikum WBT.

Jom tanya pada diri, apakah yang kita lakukan sekiranya muncul sebuah persoalan yang berteraskan aqidah menerjah minda? Adakah kita akan mencari hujah bagi menyelesaikan konflik atau cukup sekadar pendam atau kita berada di tengah-tengah dimana kita pendam menuggu masa yang sesuai untuk menanya?

Andai kata dia seorang yang terus mencari hujah sekiranya persoalan datang menerjah, mereka berada dilandasan yang betul. Kerana kamu akan mendapat jawapannya dan aqidah kita terpelihara. Lumrahnya, syaitan akan terus menerus mengganggu hubungan kita dengan Allah agar renggang.

Jika dia seorang yang pemendam, maka berhati-hatilah kerana syaitan akan menjadikan itu satu modal untuk memulakan krisis dengan Allah. Mereka akan mula rasa agama ini tidak penting, mula mengambil remeh suruhan Allah dan larangan-Nya. Jangan sampai benda ini bernanah dalam diri tanpa disedari kerana tidak sedar diri itu sedang dikuasai syaitan disebabkan ego mencari hujah.

Untuk mereka yang berada ditengah, berhati-hatilah. Boleh jadi mereka akan lupa untuk mencari hujah kerana ditangguhkan. Boleh jadi juga mereka akan mendapat hujah yang kuat kerana bertanya pada insan yang benar.

Mohon maaf andai terlalu ringkas dan tidak berhujah. Sekadar penerangan ringkas. Priority masa tidak mengizinkan untuk taip banyak. Peace yaww!
Read more »
These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

IBNU Abbas ra berkata: “Ketika Allah SWT menjadikan Arasy, lalu menyuruh malaikat memikulnya. Para malaikat merasakan amat berat memikulnya. Kemudian Allah SWT menyuruh malaikat membaca (menyebut); Subhanallah. Sebaik sahaja malaikat membacanya, maka terasa ringan memikul Arasy dan mereka terus menyebut (berzikir) selama-lamanya.”

Kata Ibnu Abbas ra lagi: “Apabila Allah SWT menjadikan Adam as. Maka mula-mula yang keluar dari mulut Adam ialah bersin. Lalu Allah ilhamkan kepadanya untuk membaca (menyebut); Alhamdulillah. Sebaik sahaja Adam as menyebut Alhamdulillah, lalu Allah menjawab; Yarhamuka Rabbuka (kerana rahmat itulah Aku menjadikan engkau).

“Kemudian malaikat berkata: Inilah kalimah mulia dan baik dan tidak sepatutnya kami abaikan. Maka para malaikat pun membaca (berzikir) Suhhanallah Walhamdulillah.

“Para malaikat membaca (berzikir) demikian sehinggalah Allah SWT mengutuskan Nabi Nuh as. Oleh kerana kaum Nabi Nuh adalah kaum pertama menyembah berhala, maka Allah SWT mewahyukan kepada Nabi Nuh as supaya menyuruh kaumnya membaca; Laa illaha illallah bagi mendapatkan keredhaan Allah.”

 “Lalu berkata malaikat: “Inilah kalimah ketiga yang besar dan baik yang tidak boleh kami abaikan. Maka malaikat pun menggabungkan dengan dua kalimah sebelumnya untuk menjadi: Subhanallah Walhamdulillah, Walaa ilaha illallah.”

 “Para malaikat mengamalkan kalimah tersebut sehingga terutusnya Nabi Ibrahim as. Setelah terutusnya Nabi Ibrahim as, Allah SWT telah memerintahkan baginda menjalankan korban ke atas anaknya, yang mana akhirnya Allah telah menebus anaknya Ismail dengan seekor kibas (kambing).

“Apabila Nabi Ibrahim as melihat anaknya terselamat dari disembelih dan digantikan dengan kibas (kambing), maka Nabi Ibrahim as menyebut: Allahu akbar, kerana merasa terlalu gembira atas nikmat yang dikurniakan Allah kepadanya.

 Berkata para malaikat: “Inilah kalimah keempat yang sungguh baik dan besar. Kemudian para malaikat menggabungkan kalimah itu dengan tiga kalimah sebelumnya menjadi: Subhanallah, Walhamdulillah, Walaa ilaha illallah, Wallahu akbar.”

 “Ketika malaikat Jibril as menceritakan kisah ini kepada Rasulullah SAW, baginda merasa kagum dan terus melafazkan: Laa haula Wala quwwata illa billahil aliyil aziem.”

Kemudian Jibril as berkata: Gabungkan kalimah yang empat itu sehingga menjadi "Subhanallah, Walhamdulillah Walaa ilaha illallah Wallahu akbar Walaa haula Wala quwwata illa billahil aliyil aziem."

(HR Muslim)


------------------------------

Amalan yang disukai Allah "Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akbar"

Allah berfirman dalam al-Quran: ”Hai orang-orang yang beriman! berzikirlah (mengingat) kepada Allah dengan zikir yang sebanyak-banyaknya. Dan bertasbihlah kepada-Nya pada waktu pagi dan petang.”
(al-Ahzaab: 41-42).

Hadith yang membicarakan keutamaan zikir "Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akbar"

1. Rasulullah saw. bersabda, "Lazimkan membaca subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akhbar, kerana semua itu dapat menghapuskan dosa sebagaimana gugurnya daun dari pohon".
(HR Ibnu Majah)

2. Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah s.a.w. berkata : "Membaca Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akbar lebih aku sukai daripada seisi dunia."
(Hadith Riwayat Muslim)

3. Dari Samuroh bin Jundub, ia berkata bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, "Ada empat ucapan yang paling disukai oleh Allah: (1) Subhanallah, (2) Alhamdulillah, (3) Laa ilaaha illallah, dan (4) Allahu Akbar. Tidak berdosa bagimu dengan mana saja kamu memulai”
(HR. Muslim no. 2137).

4. Dari Abu Hurairah, dia berkata, "Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam telah bersabda: 'Sesungguhnya membaca “subhanallah walhamdulillah wa laa ilaha illallah wallahu akbar (Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada sesembahan yang berhak disembah selain Allah, dan Allah Maha Besar)” adalah lebih aku cintai daripada segala sesuatu yang terkena sinar matahari."
(HR. Muslim no. 2695).

Al Munawi rahimahullah mengatakan, “Segala sesuatu yang dikatakan antara langit dan bumi, atau dikatakan lebih baik dari sesuatu yang terkena sinar matahari atau tenggelamnya, ini adalah ungkapan yang menggambarkan dunia dan seisinya.” Dari sini menunjukkan bahwa keempat kalimat tersebut lebih baik daripada dunia seisinya.

5. Dari Ummi Hani' binti Abu Thalib dia berkata, "Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam melewatiku pada suatu hari, lalu saya berkata kepada beliau, "Wahai Rasulullah, saya sudah tua dan lemah, maka perintahkanlah kepadaku dengan amalan yang bisa saya lakukan dengan duduk." Beliau bersabda: "Bertasbihlah kepada Allah seratus kali, karena itu sama dengan kamu membebaskan seratus budak dari keturunan Isma'il. Bertahmidlah kepada Allah seratus kali karena itu sama dengan seratus kuda berpelana yang memakai kekang di mulutnya, yang kamu bawa di jalan Allah. Bertakbirlah kepada Allah dengan seratus takbir karena ia sama dengan seratus unta yang menggunakan tali pengekang dan penurut. Bertahlillah kepada Allah seratus kali." Ibnu Khalaf berkata; saya mengira beliau bersabda: "Karena ia memenuhi di antara langit dan bumi, dan pada hari ini tidaklah amalan seseorang itu diangkat kecuali akan didatangkan dengan semisal yang kamu lakukan itu."
(HR. Ahmad 6/344. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini hasan. Lihat Ash Shilsilah Ash Shohihah no. 1316)

6. Dari ‘Abdullah bin ‘Amr, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Tidaklah seorang di muka bumi ini mengucapkan: Laa ilaha illallah, wallahu akbar, subhanallah, wal hamdulillah, wa laa hawla wa laa quwwata illa billah, melainkan dosa-dosanya akan dihapus walaupun sebanyak buih di lautan.”
(HR. Ahmad 2/158, sanadnya hasan)

7. Dari Ibnu Mas'ud, ia berkata, Rasulullah shallallahu wa'alaihi wa sallam bersabda, "Aku pernah bertemu dengan Ibrahim pada malam ketika aku diisra`kan, kemudian ia berkata, ‘Wahai Muhammad, sampaikan salam dariku kepada umatmu, dan beritahukan kepada mereka bahwa Surga debunya harum, airnya segar, dan surga tersebut adalah datar, tanamannya adalah kalimat: Subhaanallaahi wal hamdu lillaahi laa ilaaha illaahu wallaahu akbar (Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, tidak ada tuhan yang berhak disembah kecuali Allah, dan Allah Maha Besar).”
(HR. Tirmidzi no. 3462. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini hasan)

8. Dari Abu Sa'id Al Khudri dan Abu Hurairah, bahwasanya Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, "Sesungguhnya Allah telah memilih empat perkataan: subhanallah (Maha suci Allah) dan alhamdulillah (segala puji bagi Allah) dan laa ilaaha illa allah (tidak ada sesembahan yang berhak disembah selain Allah) dan Allahu akbar (Allah maha besar). Barangsiapa mengucapkan subhaanallah, maka Allah akan menulis dua puluh kebaikan baginya dan menggugurkan dua puluh dosa darinya, dan barangsiapa mengucapkan Allahu Akbar, maka Allah akan menulis seperti itu juga, dan barangsiapa mengucapkan laa Ilaaha illallah, maka akan seperti itu juga, dan barangsiapa mengucapkan alhamdulillahi Rabbil 'aalamiin dari relung hatinya maka Allah akan menulis tiga puluh kebaikan untuknya dan digugurkan tiga puluh dosa darinya."(HR. Ahmad 2/302. Syaikh Syu’aib Al Arnauth mengatakan bahwa sanadnya shahih)

Semoga Allah memberi kita kekuatan untuk istiqomah mengamalkan zikir “Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akbar” dalam kehidupan seharian kita. InshaAllah.
Read more »
These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

1. Semua perbualan bertujuan kebaikan.
"Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka hendaklah dia berkata yang baik atau diam."
(Hadith Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

2. Jelas dalam perkataan.
"Bahawasanya perkataan Rasulullah SAW itu selalu jelas sehingga mamu difahami oleh semua yang mendengar."
(Hadith Riwayat Abu Daud)

3. Tidak berbual kosong dan bercakap besar.
"Sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh dariku nanti di hari kiamat adalah orang yang banyak perbualan sia-sia dan berlagak dalam berbicara."
(Hadith Riwayat Tirmidzi, dinilainya hadith ini sebagai hasan)

4. Tidak terlalu banyak bercakap kerana khuatir membosankan yang mendengar.
"Ibnu Mas'ud r.a sentiasa mengajar kami setiap hari Khamis, maka berkata seorang lelaki: 'Whai Abu Abdurahman (gelaran Ibnu Mas'ud)! Mahukah tuan mengajar kami setiap hari?' Maka jawab Ibnu Mas'ud: 'Sesungguhnya tidak ada yang menghalangiku memenuhi keinginanmu, hanya aku khuatir ia membosankan kamu, kerana aku pun pernah meminta yang demikian pada Nabi SAW dan beliur menjawab khuatir membosankan kami.'"
(Muttafaq 'alaih)

5. Mengulangi kata-kata penting sekiranya perlu.
Daripada Anas r.a. bahawa Nabi SAW jika berbicara, baginda SAW mengulanginya tiga kali sehingga semua yang mendengarnya menjadi faham, dan apabila baginda SAW mendatangi rumang seseorang, baginda mengucapkan salam tiga kali.
(Hadith Riwayat Al-Bukhari)

6. Menghindari ucapakn batil.
"Sesungguhnya seorang hamba mengucapkan satu kata yang diredhai oleh Allah SWT yang ia tidak mengira akan mendapatkan demikian sehingga dicatat oleh Allah SWT keredhaanNya bagi orang tersebut sampai nanti hari Kiamat. Dan seorang lelaki mengucapkan satu kata yang dimurkai Allah SWT yang tidak dikiranya akan demikian, maka Allah SWT mencatatnya yang demikian itu sampai hari Kiamat."
(Hadith Riwayat Tirmidzi dan dia berkata hasan, shahih juga diriwayatkan oleh Ibnu Majah)

7. Menjauhi perdebatan sengit.
"Tidaklah sesat suatu kaum setelah mendapatkan hidayah untuk mereka, melainkan kerana banyak berdebat."
(Hadith Riwayat Ahmad & Tirmidzi)

Dan dalam riwayat laun disebutkan sabda Nabi SAW:
"Aku jamin rumah di dasar syurga bagi mereka yang menghindari berdebat sekalipun ia benar, dan aku jamin rumah di tengah syurga bagi yang menghindari dusta walaupun dalam bergurau, dan aku jamin rumah di puncak syurga bagi yang baik akhlaknya."
(Hadith Riwayat Abu Daud)


8. Menjauhi kata-kata keji, mencela dan melaknat.
"Bukanlah seorang mukmin jika suka mencela, melaknat dan berkata-kata keji."
(Hadith Riwayat Tirmidzi dengan sanad shahih)


9, Menghindari banyak bergurau.
"Sesungguhnya seburuk-buruk orang di sisi Allah SWT pada hari Kiamat kelak adalah orang yang suka membuat manusia tertawa."
(Hadith Riwayat Al-Bukhari)


10. Menghindari menceritakan aib orang dan saling memanggil dengan gelaran yang buruk.
"Jika seorang menceritakan suatu hal padamu lalu dia pergi, maka ceritanya itu menjadi amanah bagimu untuk menjaganya."
(Hadith Riwayar Abu Daud dan Tirmidzi, dinilainya hasan)

11. Menghindari dusta.
"Tanda-tanda munafik itu ada tiga, jika ia berbicara ia berdusta, jika ia berjanji ia mengingkari dan jika diberi amanah dia khianat."
(Hadith Riwayat Al-Bukhari)

12. Menghindari mengumpat dan mengadu domba.
"Janganlah kamu semua saling mendengki, dan jangalah kamu saling menbenci, dan janganlah kamu saling berkata-kata keji, dan janganlah kamu saling menghindari, dan janganlah kamu saling mengumpat dengan satu dan yang lain, dan jadilah hamba-hamba Allah yang bersaudara."
(Muttafaq 'alaih)

13. Berhati-hati memuji dengan niat membodek,
Daripada Abdurrahman bin Abi Bakrah daripada bapanya berkata:
Ada seorang yang membodek orang lain di depan orang itu, maka kata Nabi SAW: "Awas, kamu telah mencelakakan saudaramu! Kamu telah mencelakakan saudaramu!" (2 kali), lalu kata baginda SAW, " Jika ada seseorang ingin memuji orang lain di hadapannya maka katakanlah: Cukuplah si Fulan, semoga Allah mencukupkannya, kami tidak mensucikan seorang pun di sisi Allah, lalu barulah katakan sesuai kenyataannya."
(Hadith Muttafaq 'alaih & ini adalah lafaz Muslim)

Dan daripada Mujahid daripada Abu Ma'mar berkata:
Berdiri seseorang memuji di hadapan Miqdad bin Aswad secara berlebih-lebihan, maka Miqdad mengambil pasir dan menaburkannya di wajah orang itu, lalu berkata, Nabi SAW memerintahkan kami menaburkan pasir di wajah orang yang gemar membodek.
(Hadith Riwayat Muslim)

14. Penolakan terhadap sesuatu yang tidak dipersetujui perlu dalam keadaa tetap menghormati, suara yang lembut serta tidak meninggikan suara.

15. Penolakan perlu penuh dengan dalil dan nasihat.

16. Penolakan perlu dimulai dengan menyampaikan sisi benarnya terlebih dahulu sebelum mengomentar yang salah.

17. Penolakan tidak bertentangan dengan syariat.

18. Hal yang dibicarakan adalah hal yang penting dan dapat dilaksanakan dan bukan sesuatu yang belum terjadi.

19. Semasa menolak, perhatikan tingkat ilmu lawan bicara. Tidak berbicara di luar kemampuan lawan bicara yang dikhuatirkan menjadi fitnah bagi diri dan agamanya.

20. Saat menolak, perlu menjaga hati dalam keadaan bersih, dan menghindari kebencian serta penyakit hati.
Read more »
These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Matahari semakin memuncak, sinar pagi semakin cerah. Hari yang dinanti-nantikan pun telah tiba. Mengikut perancangan ku hari ni aku akan melawat rumah si dia untuk bertemu dengan keluarganya. Aku mula mempersiapkan diri dan menyiap sedia untuk hari yang penting ni.

Aku mulakan langkah dengan kaki kanan ketika hendak keluar rumah lantas membaca surah al-Insyaraa agar dipermudahkan urusan ku hari ni. Kunci kereta Proton Inspira ku capai, enjinnya dihidupkan lantas aku memandunya ke rumah pakcik Jeffri.


Sesudah 20 minit perjalanan, akhirnya sampai juga di rumah pakcik Jeffri. "Assalamu'alaikum . . ." aku memberi salam tetapi tiada yang menjawap, aku mengulangi salam ku tiga kali dengan nada suara yang semakin lantang dengan setiap satu salam. "Wa'alaikumusalam" Salam ku yang ketiga terjawap oleh seorang wanita berusia 40an yang juga ibu kepada Sakinah.

"Owh Amierul rupanya, jemputlah masuk." ujar makcik Hani.
Makcik menjemput menjemput aku masuk ke rumah sambil melemparkan senyuman kepada ku.

Aku hanya mampu membalas senyuman itu tanpa berkata apa-apa.
Setelah masuk kerumahnya aku dijemput duduk di atas sofa empuk berhadapan dengan suaminya pakcik Jeffri oleh makcik Hani lalu dia pergi ke dapur untuk menyediakan minuman. Namun tidak pula aku melihat kelibat Sakinah di mana-mana.

"Assalamualaikum pakcik" salam diberikan sambil aku menyalam tangan pakcik Jeffri.
Wajahnya nampak seakan seorang lelaki yang tegas dan garang, tapi aku berjaya menahan diri daripada terus kaku. Namun, tidak ku nafi jantung ku berdegup kencang.

"Wa'alaikumusalam. Kamu ni Amierul ye?" sapa pakcik Jeffri.
"Ya pakcik"
"Boleh kamu memperkenalkan diri kamu?"
"Maksudnya? Maaflah saya kurang jelas sikit"
"Maksudnya terangkan pada pakcik apa nama penuh kamu, dimana kamu tinggal dan lain-lain."

Aku diam sebentar cuba memikirkan apa yang patut aku terangkan, keadaan sunyi seketika dihiasi bunyi televisyen yang ditonton seorang budak, adik Sakinah barangkali.

"Nama saya Amierul Muqmin, lahir pada 12 Januari 1993, sekarang berumur 21 tahun dan masih menuntut di University Islam Antarabangsa Gombak dalam kos mechanical engineering."
"Ok, jadi apa urusan kamu jumpa pakcik hari ni?"

Aku mula kaku sekejap dan hairan dengan soalan yang ditujukan oleh pakcik. Pemikiran aku dah tak menentu memikirkan apa motif soalannya itu. Bukankah dia sudah tahu niat aku datang ke sini kerana ingin meluahkan hasrat untuk meminang anaknya sakinah?

"Saya datang ke sini sebab nak menyampaikan hasrat saya untuk meminang anak pakcik Sakinah untuk menjadi isteri saya." Ujar Amierul.

Makcik Hani keluar dari dapurnya lalu membawa 3 cawan dan satu jug air untuk dihidangkan. Aku hanya melihat makcik menuangkan air teh kedalam cawan. Setelah selesai makcik duduk disamping pakcik.

"Dah lama ke kamu kenal sakinah?" soalan yang membuatkan aku tersentap daripada lamunan keluar dari mulut pakcik.
"Lama juga pakcik, sejak sekolah menengah waktu saya tingkatan 5."
"Sejauh mana kamu kenal dengan Sakinah?"
"Saya kenal dia gitu-gitu je pakcik, kami sekarang jarang contact. Kebanyakkan yang saya tahu tentang dia pun daripada makcik Hani."
"Sekarang jarang contact? Dulu kamu selalu lah?"
"Hehe, dulu masa sekolah-sekolah dulu adalah lah juga selalunya. Tapi kami tak ada pun jiwang-jiwang atau yang seerti dengannya."
"Kamu ni serius ke nak nikah dengan Sakinah? Kamu kewangan pun tak ada lagi, nanti nak bagi anak bini makan apa? Pasir?"
"Ha'ah, saya serius pakcik. Tentang kewangan pakcik janganlah risau, saya akan usahakan selagi termampu. Sekarang pun saya ada kerja sambilan sambil belajar dengan gaji RM1200 sebulan. Lagi pun Allah ada berfirman :

"Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui."(Surah An-Nur ayat 32)

Selepas menjawap pertanyaan pakcik suasana kembali senyap. Aku mencari akal supaya dapat meneruskan perbualan.

"Makcik, Sakinah mana?" Tanya aku pada makcik Hani.
"Dia dalam dekat dalam bilik tu tengah terintai-itai dari bilik" sambil menunjukkan jarinya kearah bilik tidur Sakinah"

Aku menoleh dan nampak kelibat Sakinah tersengeh-sengeh dari biliknya yang tertutup dengan pintu separa rapat.

"Kamu dah fikir macam mana nak uruskan majlis pernikahan kamu nanti?" Tiba-tiba suara pakcik sekali lagi membuat aku tersentap.
"Dah pakcik, kalau boleh saya tak nak buat majlis besar-besaran dan tak nak bersanding dikhalayak ramai" jawap aku.
"Kenapa tak nak buat besar-besaran dan tak nak bersanding? Sebab kamu tahu harganya mahal? Kenduri yang sederhana pun ada la dalam RM14,000. Tu tak termasuk pelamin, hantaran, upah mak andam, baju pengantin dan lain-lain."
"Pakcik, saya rasa tak perlu semua tu, kan baik kalau kita ikut apa yang disyariatkan oleh Islam. Kami bernikah seperti biasa, takde bersanding apa semua kemudian kita buat walimatul urus untuk mewar-warkan"
"Nanti kalau tak buat pula apa kata jiran-jiran? Lagi pun bukan selalu, cuma sekali seumur hidup."
"Saya tak nak pakcik, mata-mata orang yang memandang isteri saya nanti bagaikan panah yang menusuk dada ni, lagi pun ini kan salah dari segi syariat Islam."
"Tapi orang lain ramai je yang buat"
"Itu antara mereka dengan Allah, saya tak nak cakap apa-apa. Sekarang ini antara saya dengan Allah, saya lebih rela mencari redha Allah daripada redha manusia."
"Baiklah kalau kamu berkeras pakcik akan bertolak ansur tapi hantaran pakcik nak RM15,000 boleh bagi?"

Keadaan semakin tegang, Makcik Hani kelihatan terkejut dengan permintaan suaminya dan cuba memujuknya agar direndahkan tetapi gagal kemudian diam membisu. Mungkin juga kabar angin yang mengatakan pakcik Jeffri seorang yang garang itu betul sampai isterinya juga tidak berani melawan meneruskan perbualan. Tapi aku sudah terdidik dan terbiasa untuk menjawap walau apa sekali pun pangkat atau garangnya seseorang itu.

"Err, pakcik boleh tak kalau kita tak buat hantaran? Lagipun saya tak ada duit sebanyak tu."
"Kalau semua tak boleh, apa yang bolehnya?"
"Erm, macam ni pakcik, hantaran tu kan bukan syarat sah kahwin. Jadi saya fikir cukuplah sekadar maharnya sahaja."
"Jadi apa maharnya?"
"Cukuplah sebentuk cincin. Itu pun dah cukup mahal bagi saya. Kalau bernikah dengan Sakinah bermakna mencerai Allah dan Rasul-Nya, saya lebih rela tidak bernikah dengan Sakinah daripada mengundang murka Allah."

Bukanlah niat aku untuk melebih dalam menjawap tapi aku tak sanggup menolak harapan aku untuk memperisterikan Sakinah yang tinggi menggunung. Tapi aku sedar aku kena hormat mereka sesuai dengan hadis.

"Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa"(Hadis Riwayat at-Tirmizi)

"Pakcik tak puas hati, macam mana kamu nak tanggung anak bini kamu nanti sedang kamu masih belajar? Sakinah pun sama masih belajar. Boleh ke kamu nak menguruskan diri? Kalau kamu boleh buktikan dengan memberi hantaran sebanyak RM15,000, ada rumah sendiri, kereta sendiri dan harta untuk menanggung keluarga pakcik izinkan."

Si ibu yang mendengar kelihatan tersentap dengan keputusan suaminya tapi hanya mampu diam dan menundukkan pandangannya. Aku menoleh melihat ke bilik Sakinah, kelihatan dia juga resah yang mendengar perbualan kami.

Aku terkesima sekejap. Mana aku nak cari semua harta tu? Kalau pendapat aku macam ni, mahunya ambil masa 9tahun untuk ada semua tu. Pemikiran aku mula buntu, perasaan aku juga mula tak menentu. Aku mula tanya pada diri sendiri adakah aku sudah gagal? Tiba-tiba sesuatu terlintas difikiran ku, aku pasti apa yang aku fikirkan boleh menambah peluang aku untuk menikahi Sakinah. Sudah tentu lebih berisiko sebab pakcik Jeffri seorang yang garang.

"Pakcik boleh saya minta izin sesuatu dengan pakcik?"
"Apa dia?"
"Pakcik, izinkan saya berzina dengan anak pakcik"

PANNGGG!!! Tak pasal-pasal aku kena lempang dengan pakcik Jeffri. Kejadian ini membuatkan seisi rumah terkejut dengan tindakan pakcik jeffri. Makcik Hani terkejut dengan soalan yang aku ajukan begitu juga dengan tindakan pakcik Jeffri melempang aku. Pakcik Jeffri juga kelihatan marah.

"Kau fikir anak aku apa? Barang mainan yang kau boleh tukar ganti bila-bila masa? Cakap jangan ikut sedap mulut!" Tengking pakcik jeffri dengan nada yang keras.

Keadaan sudah semakin tegang. Makcik Hani cuba untuk menenangkan suaminya. Mulut aku pecah, bibir aku mula mengeluarkan darah. Aku cuba bertenang dan menarik nafas untuk mulakan bicara.

"Pakcik, saya rasa pakcik dah sedia maklum kenapa banyak maksiat dekat luar tu berlaku sampai terjadinya pembuangan bayi. Sebab benda macam ni lah, ibu bapa meletakkan syarat yang terlalu berat sehinggakan pihak lelaki terpaksa menangguhkan hasratnya untuk bernikah. Kita bukannya malaikat, kita hanyalah manusia yang mempunyai nafsu." Jawap aku sambil menundukkan pandangan kearah sisi bawah bahagian kanan ku dengan nada yang tenang.

"Dah habis apa yang kau nak cakap?" Tanya pakcik dengan nada yang kurang keras daripada sebelumnya.

"Ada lagi pakcik, motif saya minta izin kerana saya nak pakcik tahu saya dan dia nak berzina sebab rata-rata ibu bapa tak tahu anak-anak mereka sedang berzina. Zina ni bukan yang berat-berat yang sampai melahirkan anak luar nikah, ada juga zina yang ringan-ringan macam zina mulut, tangan, telinga, hati dan lain-lain. Tapi yang ringan-ringan ni lah akan menjadi berat kalau tak dikawal. Kita manusia hanya mampu merancang tapi Allah lah yang menentukan." jawap aku tanpa sedikit pun mengangkat pandangan ku.

Makcik Hani mula menitiskan air mata, aku tak pasti kenapa tapi terasa juga serba salah dalam hati ini dengan permintaan ku yang tak munasabah.

"Betul apa yang Amierul katakan tu abang. Abang pertimbangkanlah kata-kata abang tu, Hani tengok Amierul bersungguh-sungguh nak nikah dengan anak kita." kata makcik Hani kepada suaminya.
"Erm." Pakcik Jeffri juga kelihatan buntu tidak tahu apa yang patut dikatakan.

Keadaan kelihatan semakin renggang. Azan Zuhur mula berkumandang. Mata aku lembut memandang Sakinah di pintu biliknya sedang menahan air mata yang berguguran begitu juga dengan Makcik Hani. Pakcik Jeffri hanya diam tidak terkata.

"Pakcik saya minta maaf sebab kata-kata saya menyakitkan hati pakcik dan makcik, saya dah tak tahu apa yang boleh saya katakan lagi. Sebelum saya meminta diri sekali lagi saya minta maaf pada pakcik." Ujar aku sambil menghulurkan tangan untuk menyalam pakcik Jeffri tanda perpisahan.

Salam ku tidak disambut mesra seakan-akan tidak rela untuk menyalam ku. Makcik Hani meminta aku bersabar dengan apa jua yang bakal terjadi. Aku memberi salam lantas menyusur langkah keluar daripada rumah. Sesampai dikereta aku menoleh memandang rumah pakcik Jeffri seketika lantas masuk ke dalam kereta untuk ke Masjid untuk menunai solat Zuhur.

Setelah selesai solat Zuhur berjemaah, aku mengenang kembali apa yang terjadi hari ini. Cara salam ku disambut bagaikan sudah cukup jelas bahawa hasrat ku ditolak. Aku teringat kisah hidup aku dari saat pertama kami kenal hingga sekarang. Aku mula membanyangi kisah hidup ku.

Aku ingat lagi saat pertama kami berjumpa, waktu Naim bagitahu dia tanpa rela bahawa aku suka dia. Dia tegur di Facebook dan minta penjelasan. Aku jelaskan segalanya termasuk juga hasratku untuk menikahi mu. Tapi kau selalu tolak, macam-macam alasan keluar sehingga aku hampir putus asa. Pelik kenapa ada suatu saat tu dia pula yang cuba mendekati? Mungkin pintu hatinya sudah terbuka.

Persahabatan kami menjadi semakin akrab. Pernah sekali tu dia merajuk sebab gurauan aku yang tak kena tempat dengan mengatakan hasrat ingin berpoligami. Payah betul nak pujuk dia, sampaikan aku sendiri menitiskan air mata takut kehilangan dia. Time-time sedih boleh pula dia gelakkan aku sebab titiskan air mata. Ini juga disebabkan Naim pecah lobang pergi bagithu dia aku nangis. Sekurang-kurangnya selesai juga satu masalah.

Aku ingat lagi saat pertama kali aku mengenali makcik Hani, entah berapa kali aku datang ke majlisnya dan ingin menyampai hasratku untuk bernikah dengan dia tapi ada je benda menghalang. Kira macam tak ada rezeki lah tu. Tapi setelah tiba masanya, ini pula yang berlaku.

Kami tak pernah bersua muka, suara dia pun aku tak tahu macam mana, hanya SMS dan FB serta doa menjadi tempat kami berhubung. Biarpun hanya dalam SMS tapi banyak kenangan yang tercatit. Aku terlalu inginkan dia menjadi yang halal buat aku.

Aku percaya dia juga boleh bantu aku mendidik anak-anak aku tanpa hanya mengharap cikgu di sekolah untuk menjadi insan yang berjaya. Aku tak nak anak-anak aku kurang mendapat kasih sayang keluarga seperti kebanyakkan keluarga zaman sekarang. Aku juga tak nak segala keperitan yang aku rasa sepanjang hidup aku terjadi pada anak-anak aku. Aku mahukan yang terbaik buat anak-anak dan keluarga aku.

Dia bagi syarat kalau nak dengar suara tunggu kami sah dulu. Kami betul-betul menjaga batas dan hanya akan bercinta hanya selepas bernikah. Tapi sekarang semua itu bagaikan tinggal kata-kata kosong. Aku mula menitiskan air mata disaat segala bagaikan sudah pergi jauh. Aku berdoa untuk tenangkan hati ni dan meminta petunjuk dari-Nya.

Setelah doaku di aminkan, datang satu SMS daripada makcik Hani.
"Assalamu'alaikum Amierul.. Kami sekeluarga dah berbincang dan setuju untuk satukan Amierul dengan Sakinah.. Pakcik juga dah setuju dengan keputusan ini.. Jemputlah datang bawa rombongan meminang minggu depan.. Terima Kasih"

Air mata aku semakin deras mengalir. Bertapa syukurnya aku rasa Akhirnya hasrat yang ku pendam selama ini termakbul juga. Aku terus sujud tanda syukurnya aku pada Allah S.W.T . . .
*Alhamdulillah~
Read more »
These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Pernah seketika dulu saya rasa saya tak berguna.. Masa dalam kelas kawan-kawan semua tak suka.. Saya nak ‘join’, kawan kata saya menyibuk.. Ada pula yang kate saya kuat emo.. Sikit-sikit nak marah.. Padahal sebenarnye saya nak tegur mereka buat bising masa belajar..
Lepas tu saya cuba buat lawak kononnya nak tarik perhatian orang lain saya paling gembira bila ada orang gelak bila dengar lawak saya terutamanya pelajar-pelajar perempuan.. Budak-budak lelaki semua kata saya ‘mat capub’(cari publisiti)..
tapi saya tak kesah.. asalkan ada yang terhibur..
Tapi saya tetap merasakan kekosongan.. Memang lumrah manusia.. Seoarang lelaki akan tertarik kepada wanita.. Macam itulah yang saya rasa.. Saya tengok kawan-kawan dah ada yang ‘couple’.. Di dorm sms awek sampai pagi.. ada yang call awek sampai satu malam boleh habis 10 ringgit..
Saya mula berfikir.. “Adakah aku perlu BERCINTA?” Dengan menggunakan akal seorang pelajar tingkatan 4 itu.. saya pun mula menanam tekad untuk ber’couple’.. Dan masa itulah saya kenal awak.. saya rase saya dah jumpa orang yang paling penting dalam hidup saya..
Mula-mula awak jual mahal.. Tapi saya tak kisah..nak beli gak.. akhirnya, dipendekkan cerita.. saya pun mulalah BERCINTA..
Masa bercinta,memang saya sangat-sangat bersemangat.. Apa orang kata..’ALL OUT’lah.. haha.. Saya selalu call awak,awak pun selalu call saya.. ‘gayut’ malam-malam..kadang-kadang saya pun habis RM10 satu malam.. Tetapi segala PENGORBANAN yg dilakukan masa ber’couple’ tu.. Tidak terasa pun kehilangannya..
Mase bercinta memang indah.. Semuanya indah.. Sikit-sikit gurau-gurau.. Sikit-sikit gelak-gelak kalau merajuk men pujuk2.. kalau ‘birthday’ kita sambut sama-sama.. Untuk diri ini,terasa amat bahagia.. Sebab masa itulah terasa diri ini dihargai..
Saya pernah terikir.. Biarlah kawan-kawan saya tu pandang saya semacam, kata saya macam-macam.. Asalkan awak memahami saya..

Satu hari saya dengar ceramah.. Alhamdulillah..

Dalam ceramah tu saya sedar,saya banyak buat dosa dan saya kena brubah.. Hidup saya mesti selari dengan Islam.. Saya kena jadi baik.. Sebab memang itu fitrah manusia..menginginakan kebaikan.. semua orang nak masuk syurga kan?

Sejak dari saat itu saya mula rapatkan diri dengan masjid.. Rapatkan diri dengan Al-Quran.. Selalu solat jemaah awal waktu.. Selalu dengar tazkirah..

Saya beli terjemahan Quran, sebab nak tadabbur Quran Saya beli dua, satu untuk saya, satu untuk awak, Saya taknak jadi baik seorang diri.. jadi saya ajak awak sekali.. Saya ajak awak baca Al-Quran.. saya kejut awk bangun subuh..(calling) saya ajak awak saling beri tazkirah..

Mula-mula awak terkejut dengan perubahan saya.. Awak ingat saya dah nak jadi alim, nak brenti couple. Saya kata,kita bukan buat benda yang salah.. bercinta kerana Allah.. Kita couple tak macam orang lain.. Orang lain couple ‘jiwang-jiwang’ je.. ade yang siap wat mksiat lg.. pegang-pegang tangan dan macam-macam lagi..

Tapi kita couple baik-baik.. Jaga batas-batas syara’.. Tak guna ayat jiwang-jiwang janji taknak jumpa, takut berlaku maksiat.. cuma sms dan call je..
Dan awk terima perubahan saya itu.. Saya pun banyak nasihat awak.. Awk pun terima.. Walaupun kadang-kadang awak merajuk sebab teguran saya tu Tapi saya faham, perubahan memerlukan masa.. Dan akhirnya saya rasa.. Hubungan kita semakin diredahai.. Saya salu doa supaya kita akan kekal sampai ke gerbang perkahwinan..

Dalam proses perubahan saya, Saya mula menyedari bahawa berdakwah itu wajib.. Kita kena menyampaikan kepada orang tentang kebenaran.. Kalau kita tidak berdakwah.. kita akan dipertanggungjawabkan oleh Allah di akhirat kelak sesuai dgn firmanNya dlm surah Al-A’raf, surah ke 7,ayat ke 164:
Dan (ingatlah) ketika suatu umat di
antara mereka berkata: “Mengapa kamu
menasihati kaum yang Allah akan
membinasakan mereka atau mengazab mereka
dengan azab yang amat keras?” Mereka
menjawab: “Agar kami mempunyai alasan
(pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu,
dan supaya mereka bertakwa”.


Lepas tu saya mulalah beri tazkirah pada kawan-kawan dan adik-adik Tegur mereka apa sahaja yang silap.. Saya tak boleh tahan bila tengok orang buat salah/dose.. Saya mesti nak tegur. Selemah2 iman tegur dengan hati, oleh sebab saya nak jadi orang kuat iman..
Ape lagi..tegur je la depan-depan..huhu~~

Lepas tu, satu masa.. saya terbaca pasal couple..
“COUPLE HARAM“

Saya tak percaya.. tapi bila baca detail-detail yang dia bagi.. macam betul pulak.. huhu~~
tapi biasala.. kalau kita suka satu benda tu.. kita tetap akan cari alasan untuk ‘membenarkan’ pendapat kita..
Saya pun buat tak tahu pasal benda tu.. dan teruskan saja hubungan kita.. kita tak buat maksiat.. Kita jalan-jalan pegang tangan.. tak jiwang-jiwang.. Cuma saling ambil berat.. Tanya khabar.. Borak-borak.. Siap bagi tzkirah lagi.. Apa yang haramnya dengan benda ni? Tak kisahlah..

Masa terus berlalu… Masa ni dah nak dekat Trial SPM.. lagi tiga minggu sebelum trial.. dalam masa tu, saya memang rajin study dengan kawan.. buat study group Pada masa yang sama, bagi tazkirah..

Ada yang terima.. ada juga yang buat tak tahu Kadang-kadang bila tegur.. saya kena marah pula.. macam-macamlah alasannya ada kata saya tegur tak berhikmah.. ada yang kata saya menunjuk-nunjuk je.. Tapi tak kisah.. saya ada tempat mengadu.. huhu~~

Suatu masa.. ketika sedang mentadabbur Al-Quran seorang diri.. saya terjumpa ayat ini..

Mengapa kamu suruh orang lain
(mengerjakan) kebajikan, sedang kamu
melupakan diri (kewajiban) mu sendiri,
padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat)?
Maka tidakkah kamu berfikir? (Al-Baqarah, ayat 4)

Saya pun terfikir.. “Selama ini aku asyik tegur orang je. Tapi aku sendiri masih banyak kekurangan, Cepat marah, suka buang masa, ade gak dosa-dosa yang masih dilakukan.. Macam mana ya?” Lepas tu terjumpa pula ayat ini..

Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang batil dan janganlah kamu
sembunyikan yang hak itu, sedang kamu
mengetahui. (Al-Baqarah ayat 42)
Tiba-tiba saya terfikir satu keritikan kawan.. “Alah kau tu..cakap je berapi..gaya alim,tapi couple gak..sama aje kau dengan kami..tegur orang konon..”

Berfikir sejenak.. Sebenarnye ber’couple’ ni boleh ke tidak? Adakah selama ini saya hanya menganggap ia boleh? Habis tu, kenapa saya rasa malu bila mak dan ayah tahu saya selalu berhubung dengan perempuan? Dan terkadang saya rasa serba salah? Macam-macam yang saya fikir..
Dipendekkan cerita lagi sekali.. saya ke Pulau Pinang untuk mengikuti satu seminar dakwah.. Saya harap dengan seminar ni  efahaman saya mengenai dakwah akan lebih mantap..

Dalam perjalanan ke seminar tu.. saya masih sms lagi dengan awak dalam bas.. sempat lagi pesan-pesan supaya jangan lupa baca Al-Quran hari ini, solat awal waktu.. Dalam fikiran saya.. “Ni kira dakwah juga..saling ingat-mengingati..”
********************
Majlis malam itu berakhir dengan sesi ta’aruf, pukul 10 semua orang dah bebas untuk aktiviti sendiri Lagipun kami semua penat.. takkan nak panjang-panjangkan program sampai tengah malam.. pihak penganjur pun faham..


Tiba-tiba saya tergerak hati untuk bertanya dengan fasilitator yang ada di situ.. Saya rasa inilah masa terbaik untuk tanya pendapat dia tentang couple. Tapi saya tragak-agak.. “Kalaulah betul couple tu salah..habis tu,nak buat macam mana? Aku kena clash ke? Alah,buat apa fikir macam tu..tanya je la. Kalau tak buat salah, apa nak ditakutkan?”

Lalu saya menghampiri ‘Brother’ fasilitator tu.. Masa tu dia tengah membelek-belek terjemahan Al-Qurannya seorang diri.

“Assalamualaikum, bang, saya nak tanya sikit
boleh?”
“Em,boleh..duduklah. Nta nak tanya apa?”
“Er..macam ni,sebelum saya terlibat dengan dakwah ni, saya ada kenal seorang
kawan ni, perempuan la. Tapi bukanla setakat kawan biasa..rapat gak la. Bukan rapat biasa,tapi rapatla..”
“Bercinta ke?”
Saya malu nak cakap yang saya couple. Nanti apa pula brother tu kate..mesti dia marah nnt. Saya pun angguk. Lepas tu saya tanya..

“Sebenarnya..couple ni boleh ke tak bang?”
“Akhi, memang fitrah manusia, lelaki akan tertarik kepada perempuan, begitu juga perempuan akan tertarik kepada lelaki. Tapi dalam Islam, perasaan itu perlu dikawal dan ada batasnya. Pergaulan perlu dijaga. Allah firman dalam surah Al-Isra’, surah ke 17, dalam ayat yg ke 32:
Dan janganlah kamu mendekati zina,
sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.“
“Tapi bang,saya tak nampak pun yang kami ni menghampiri zina. Niat kami baik. Saya dah cuba sedaya upaya mengawal perhubungan kami. Sms pun takdelah jiwang-jiwang, selalu bagi tazkirah lagi. Kami selang-selang bagi, hari ni saya, esok dia.”
Saya tak mahu mengalah.
“Memang betul niat nta baik. Tapi ingat, niat tak pernah menghalalkan cara. Yang batil tetap sahaja batil, yang haq tetap haq. Cuba tengok ayat ni.”
Sambil brother tu bukak Al-Quran dia, dan tunjuk pada saya ayat ini:
Dan (juga) kaum Ad dan Tsamud, dan sungguh telah nyata bagi kamu (kehancuran mereka) dari (puing-puing) tempat tinggal mereka. Dan setan menjadikan mereka memandang baik perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam.
(Surah Al-Anakabut,Surah 29, ayat 38)

“Akhi, kalau nta paham ayat ni, sebenarnya apa yang berlaku pada nta ialah, setan telah buat nta pandang indah benda buruk yang nta lakukan. Walaupun nta berpandangan tajam, maksudnya nta berilmu tinggi. Memang pada mulanya niat nta baik, tapi ingat, syaitan itu sangat licik. Dia akan sedaya upaya buat nta terjerumus ke dalam kemaksiatan. Lagipun, takkanlah sepanjang masa nta sms dengan dia, nta ingat Allah. Mesti ada masanya nta hanya melayan perasaan dengan dia, kan?”
Betul juga katanya. Lepas tu saya kata,
“Tapi bang, saya dah janji dengan dia taknak jumpa lg. Sebab saya tahu kalau berjumpa nanti banyak bahayanya. Dan dia pun setuju. Kami sama-sama menjaga diri. Takkanlah ia boleh membawa kepada zina juga bang?”
“Em, betul, nta dah janji taknak jumpa dengan dia lagi. Nta dah dapat
elakkan zina mata, zina tangan, zina kaki. kalau nta janji taknak call die pula, nta dapat elak zina telinga dan zina lidah. Tapi akh..masih ada zina yang tetap nta tak dapat elak apabila bercouple..”
“Zina hati?” Saya menduga.
“Betul, zina hati. Semua inilah yang Rasulullah jelaskan dalam hadithnya tentang bagaimana menghampiri zina tu. Nta boleh ‘check’ dalam Riyadahus Solihin, bawah bab larangan melihat wanita. Rasulullah bersabda, mata boleh berzina dgn melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia. Hakikatnye, macam mana pun nta buat, nta tetap tak dapat lari daripada zina hati.”
Saya terdiam..kelu. Tak tahu apa nak dikata. Semua yang brother tu kata tiada yang salahnya. Kemudian dia sambung..

“Ana dulu pun couple gak. Lagi lama daripada nta. Sejak sekolah sampai dah masuk U, dekat nak gred. Tapi bila ana sedar apa yang ana buat ni salah, ana trus tinggalkan. Ana siap dah fikir, dialah bakal isteri ana, yang akan jadi ibu kepada anak-anak ana. Kalau nak diikutkan lagi besar masalah ana daripada nta.”
“Saya risau la bang. Nanti apa kawan-kawan dia kata. Dulu saya selalu minta tolong mereka untuk rapat dengan dia. Mesti nanti mereka semua tak puas hati dengan saya. Dan dia sendiri pula, saya takut apa-apa akan jadi pada dia kalau dia tak dapat terima keputusan ni. Sebab kami dah rapat sgt.”
Masa tu saya dah mula sebak. Malu betul. Menangis depan brother tu cerita pasal benda ni. Nasib baik tak ada org lain masa tu. Brother tu jwb..

“Kalau kawan-kawan dia tak puas hati pun, mereka boleh buat apa? Paling teruk pun, mereka akan mengata di belakang nta. Nta tak kurang sikit pun. Lagipun, dalam berdakwah ni, kita nak cari redha Allah, biarlah orang nak kata apa-apa sekali pun, yang penting redha Allah. Kalau Allah tak redha, semuanya dah tak bermakna lagi.”
Saya trdiam lagi.

“Pasal die pula, cube nta fikir dari sudut positif, mungkin dia akan terima keputusan nta scara matang. Mungkin dia juga akan buat keputusan untuk tidak lagi bercouple. Ana yakin, die takkan buat apa-apa perkara bodoh. Kalau die buat sekalipun, itu bukan tagguungjawab nta, apa yang nta nak buat tu betul, meninggalkan maksiat. Semua orang akan tanggung balasan atas perbuatannya sndiri.”
Saya dah tak dapat tahan lagi. Masa itu saya menangis, saya dah sdar yang saya kena berhenti couple. Dah jelas sekarang, couple tu haram.

“Jadi apa saya nak buat bang?”
“Ana dulu, hantar satu sms je kat dia. Ana terangkan pada dia hubungan yang dibina itu salah. Minta maaf, kita berakhir di sini. Tolong jangan cari saya lagi. Lepas itu ana terus tukar nombor. Ana tak hubungi dia langsung lepas tu.”
“Maksudnya, saya tak boleh hubungi dia lagi ke? Tapi bang, saya ade juga kawan perempuan lain, boleh pula saya hubungi mereka?”
“Dengan dia ni lain. Nta dah pernah ada ‘sejarah’ dengan dia. Tapi, kalau nanti ditaqdirkan nta satu universiti dengan dia, satu kuliah, lepas tu kena pula buat group discussion, masa tu nta hanya layan dia hanya sebagai group discussion partner.”
Tiba-tiba saya terfikir..

“Dia ni nak suruh aku clash malam ni gak ke? Sekarang gak? Takkanlah awal sangat?”
Saya cakap..
“Saya rasa saya belum ade kekuatan la bang. Boleh tak saya tunggu sampai saya ada kekuatan, baru saya tiggalkan benda ni?”

Saya ingat nak lari la. Lalu dia jawab..
“Akh, nta kena ingat. Kekuatan itu tidak boleh ditunggu, tapi ia perlu dibina. Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga kaum itu mengubah keadaannya sendiri. Nta boleh rujuk surah Ar-Ra’du,surah ke-13,ayat 11. Lagipun, nta nak tuggu sampai bila baru nak tinggalkan couple ni..abang-abang fasilitator ni pun ramai yang pernah couple, bila masuk dakwah, mereka tiggalkan.”
Alamak…tak boleh lari lagilah nampaknye..saya rasa macam brother ni paksa saya clash masa tu juga.

“Semuanya dah jelas rasanya..Nampaknya saya kena tiggalkanla benda ni gak ye. Macam tak larat rasanya nak tekan button handphone ni. Rasa tak sanggup.”
“Kalau tak sanggup mari ana tolong tekankan.”
“Eh, tak apalah bang. Biar saya taip sendiri.”
Teragak-agak saya nak taip masa tu. Tapi saya gagahkn juga diri..

“Semuanya dah jelas..buat apa aku tangguh-tangguh lagi. Takut nanti hidayah ni Allah tarik, susah pula nak tinggalkan. Kan aku selalu doa supaya dijauhkan dari maksiat..jadi rasanya, inilah masanya..”
Lalu perlahan-lahan saya taip sms tu..
“Assalamualaikum..Sebenarnya selama ini hubungan kita salah di sisi Islam. Saya ingat dengan mengubah cara pergaulan kita, ia dah dibolehkan, tapi sebenarnya ia tetap berdosa. Saya harap awak akan istiqamah meneruskan perubahan yang awak dah buat, kerana Allah. Saya minta maaf atas segala yang dah berlaku. Kalau ada jodoh insya-Allah, akan bertemu juga. Assalamualaikum..”

Berat betul nak hantar sms tu kat awk. Saya masih tak mampu nak ucap selamat tiggal. Sebab tu dalam sms tu saya hanya akhirkan dengan ucapan salam. Lepas beberapa ketika..saya tekan juga button [send].
Lepas tu tertera di skrin..

[SENDING..]

[MESSAGE SENT]

Masa tu saya rasa macam separuh hidup saya dah hilang. Macam tak percaya..saya dah hantar 1 sms, dan clash dengan awak..
“Terima kasih bang..”
“Takpe, dah tanggungjawab..”

Malam tu saya saya tidur dengan linangan air mata..tak sangka..mmg tak disangka..Saya memang tak pernah terfikir untuk clash, tapi itulah yang terbaik untuk kita sbenarnya..

Tiba-tiba saya teringat ayat Allah..surah Al-Baqarah,ayat 216..
Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci.
Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu,
dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu;
Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.

*******


Masa terus berlalu.. Saya terus sibukkan diri dengan kerja-kerja lain. Dalam usaha nak lupekan awk, bukan senang,tapi saya terus cuba. Saya selalu bagi tazkirah, ingatkan orang. Saya bagi ta’lim di masjid, terangkan pada orang, couple haram, tunjuk segala dalil.. Macam-macam yang berlaku..ada kritikan..ade gk yg stuju..tapi tak kisahlah semua tu..
Tiba-tiba satu pagi ni, dapat sms daripada awak..awak bagi gambar bunga..bawah tu ada ayat..
“Seindah gubahan pertama..”
Saya rasa awak masih tak dapat lupakan saya. Saya pun fikir..”Kena tegaskan rasanya”. Lepas tu saya hantarlah sms ni. Dan rasanya itulah yg terakhir..

“Tiada yang lebih indah daripada mendapat keredahaan ilahi.. seindah manapun gubahan pertama tu, selagi tak mendapat keredahaanNya, tetap tiada gunanya..
Assalamualaikum..saya tahu, dulu saya cakap, kalau ada jodoh, insya-Allah akan bertemu juga. Tapi saya taknak awak tunggu. Lupakan saya. Biar Allah yang menentukan..Lagi satu,

Jangan cari cinta manusia,
ia penuh dengan penipuan, kekecewaan, dan tak kekal..
Tapi carilah cinta Allah..
tiada penipuan, tidakkan pernah mengecewakan itulah cinta abadi..
Cinta yang diredahai..
-Yang Terakhir- “

[SEND]

[SENDING..]

[MESSAGE SENT]


Saya dah buat keputusan. Saya pasti apa yang saya buat ni betul. Saya yakin, Allah akan sediakan yang terbaik untuk saya. Saya takkan berpatah balik.. Takkan..buat selama-lamanya. .
Read more »
These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati